Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Wanita Diugut Bunuh, Cuba...

Swansea - Seorang wanita dihujani dengan ancaman keganasan terutama daripada pencinta haiwan apabila...

Universiti Malaya Terus Meningkat...

PUTRAJAYA - Merujuk kepada QS World University Ranking 2015/2016 yang diumumkan pada 15...

Sultan Perak Rasmi Hentian...

GERIK - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Hentian Royal...

Aliran Trafik Keluar Dari...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari ibu negara masih dalam keadaan terkawal...

Gunting, Pisau, Tali Dihantar Ke Jabatan Kimia: ‘Tiada Gambar Diambil’ – Saksi

PETALING JAYA : Prosiding perbicaraan kes dihadapi ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, hari ini, menyaksikan Mahkamah Sesyen di sini diberitahu tiada gambar gunting, tali dan pisau diambil di lokasi kejadian meskipun pegawai penyiasat menyerahkan barangan itu kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Saksi kedua pendakwaan, Koperal Sulaimen Razak yang juga jurugambar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, mengesahkan beliau tidak mengambil gambar terbabit.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30.

Haresh: Mengikut laporan kimia yang kami terima, terdapat lebih kurang enam stoking dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Berapa gambar stoking yang anda ambil untuk tujuan siasatan?

Sulaimen: Saya ambil dua gambar stoking.

Haresh: Boleh beri deskripsi stoking apa, jenis kanak-kanak, dewasa atau wanita?

Sulaimen: Saya tidak tahu.

Haresh: Mengikut laporan kimia, 14 pisau dirampas polis dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Berapa gambar pisau diambil?

Sulaimen: Tiada satu pun.

Haresh: Mengikut laporan kimia, terdapat enam gunting dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan analisis. Berapa gambar gunting diambil?

Sulaimen: Tiada gambar gunting diambil.

Haresh: Mengikut laporan kimia, tiga utas tali dihantar ke Jabatan Kimia… berapa gambar tali diambil?

Sulaimen: Tiada gambar tali.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad Sapian, saksi itu mengemukakan 130 gambar.

Antaranya ialah gambar kesan kecederaan telinga dan luka di tangan kanan Orang Hilang (OH), gambar laluan ke anak sungai di tepi Blok R Apartmen Idaman, laluan semak ke anak sungai, tempat mangsa dijumpai berdekatan ranting kayu serta lencana baju sekolah.

Bagaimanapun ketika prosiding, saksi itu tidak mengesahkan bahawa mayat yang ditemui adalah Allahyarham Zayn Rayyan.

Sulaimen, 42, ketika memberi keterangan berkata, gambar diambil pada 11 Disember 2023 itu menunjukkan ada kesan kecederaan di bahagian telinga kiri dan tangan kanan mangsa.

Kamarul Iman: Gambar 23 dan 24, gambar apa?


Sulaimen: Gambar mangsa dijumpai di tepi tebing dengan takungan air di sebelah atas dan mangsa di bahagian bawah.

Kamarul Iman: Gambar 30 gambar apa?

Sulaimen: Gambar lencana sekolah

Kamarul Iman: Terletak di mana?

Sulaimen: Bahagian atas sebelah kiri poket pakaian mangsa.

Saksi itu turut memaklumkan bahawa beliau diarahkan ke sebuah kondominium yang jaraknya 500 meter dari Apartmen Idaman untuk mengambil barang kes pada 11 Disember 2023.

Kamarul Iman: Gambar 4, 5, 6, 7 jelaskan gambar apa?

Sulaimen: Gambar saya berdiri di tepi longkang berhampiran pintu masuk kondo, laluan air longkang dan gambar stoking.

Kamarul Iman: Boleh nyatakan gambar stoking berada di mana?

Sulaimen: Berada di atas tebing tepi longkang.

Sulaimen juga mengesahkan stoking itu sudah dialihkan oleh forensik sementara menunggu ketibaannya.

“Hujan agak lebat (ketika itu), forensik mengalihkan barang kes (stoking) yang ditemui dalam longkang, ke tepi tebing… bimbang jika saya lewat sampai, barang kes akan hanyut,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan dan Ismanira sebagai orang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini, antara jam 12 tengah hari 5 Disember dan jam 9.55 malam 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bersambung esok.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori