• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut, Kereta Rempuh Trak Tentera

oleh Mohd Arshad
31/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Wanita Maut, Kereta Rempuh Trak Tentera
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Gajah: Wanita terbunuh selepas Proton Saga dipandunya bertembung dengan trak tentera di hadapan Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah di sini, awal pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pada kejadian 2.24 pagi itu, mangsa, Manisya Azlin Ishak, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas parah di kepala, manakala pemandu lori tentera, lelaki berusia 33 tahun patah tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, kereta dipandu wanita berkenaan dari Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dan dia dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di bahagian pusat panggilan Telekom di Ayer Keroh dipercayai mengantuk menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, kereta mangsa bertembung dengan trak Hicom itu secara berdepan yang cuba membrek berdasarkan kesan tayar sepanjang 12 meter di laluannya.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam keretanya yang remuk, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan,” katanya dihubungi pemberita di sini.

Azrul berkata, mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Gajah dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu trak tentera, Muhammad Azuddin Alias yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala empat lagi anggota tentera lain yang berada dalam kenderaan berat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua kenderaan terbabit dalam nahas itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dihantar untuk pemeriksaan teknikal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Setakat ini, kita sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

HarianMetro-

Tags: mautrempuh trakWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kakitangan wanita Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur...

‘Pelajar Perempuan Itu Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan, Kita Rampas 2 Senjata Tajam’ – Polis

‘Pelajar Perempuan Itu Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan, Kita Rampas 2 Senjata Tajam’ – Polis

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua senjata tajam dipercayai digunakan pelajar Tingkatan Dua dalam kes bunuh pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd