• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TikTok Mula Ditutup Di AS Esok Kecuali Jika Biden Campur Tangan

oleh Mohd Arshad
18/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
TikTok Mula Ditutup Di AS Esok Kecuali Jika Biden Campur Tangan
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pengurusan aplikasi TikTok memaklumkan, perkhidmatan media sosial itu akan dihentikan di Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa esok jika pentadbiran Presiden, Joe Biden tidak memberi jaminan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, TikTok berkata, jaminan tersebut adalah syarikat seperti Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong aplikasi tersebut.

“Melainkan pentadbiran Biden segera mengeluarkan kenyataan muktamad untuk meyakinkan penyedia perkhidmatan terpenting mengenai jaminan tidak akan dikenakan penguatkuasaan, malangnya TikTok akan terpaksa ditutup pada 19 Januari,” katanya.

Kenyataan itu menunjukkan pengguna TikTok di AS yang dikatakan melebihi 170 juta tidak akan dapat mengakses aplikasi atau laman web tersebut apabila membukanya pada Ahad.

Pengumuman ini dibuat selepas Mahkamah Agung pada Jumaat sebulat suara mengekalkan undang-undang yang memerlukan penyedia perkhidmatan di AS menghentikan sokongan terhadap TikTok jika syarikat induknya, ByteDance, gagal melaksanakan “penjualan kelayakan” aplikasi itu sebelum Ahad.

Akibatnya, syarikat seperti Apple, Google dan Oracle boleh berdepan penalti berat jika tidak mematuhi undang-undang tersebut.

“Kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh pentadbiran Biden dan Jabatan Kehakiman gagal memberikan kejelasan dan jaminan yang diperlukan kepada penyedia perkhidmatan, yang penting untuk mengekalkan ketersediaan TikTok kepada lebih 170 juta rakyat Amerika,” tambah kenyataan TikTok.

Namun, tempoh perkhidmatan Biden akan tamat pada Isnin, apabila Presiden Pilihan Donald Trump memulakan penggal keduanya di White House.

Trump, yang sebelum ini menyokong larangan TikTok, kemudiannya berubah pendirian.

Pada Disember lalu, beliau meminta Mahkamah Agung menangguhkan pelaksanaan undang-undang tersebut untuk memberi peluang kepada pentadbirannya mencari penyelesaian politik terhadap isu itu.

Sementara itu, pada Jumaat, pentadbiran Biden mengeluarkan kenyataan bahawa TikTok “harus kekal tersedia kepada rakyat Amerika, tetapi mestilah di bawah pemilikan syarikat Amerika.”

“Berdasarkan faktor masa, pentadbiran ini menyedari bahawa tindakan melaksanakan undang-undang ini perlu diserahkan kepada pentadbiran seterusnya, yang akan mengambil alih pada Isnin,” kata kenyataan tersebut.

Peguam Negara, Merrick Garland dan timbalannya, Lisa Monaco, dalam kenyataan mereka menyatakan, keputusan itu membolehkan Jabatan Kehakiman menghalang kerajaan China daripada menggunakan TikTok sebagai ancaman terhadap keselamatan negara AS.

SinarHarian-

Tags: DitutupTikTok
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

TikTok AS Kini Diambil Alih Billionaire Yahudi Pro Zionist – Kiblat Kandungan Dijangka Berubah

TikTok AS Kini Diambil Alih Billionaire Yahudi Pro Zionist – Kiblat Kandungan Dijangka Berubah

26/09/2025
0

TikTok AS Kini Diambil Alih Billionaire Yahudi Pro Zionist - Kiblat Kandungan Dijangka Berubah

‘Saya Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan TikTok’ – Fahmi

‘Saya Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan TikTok’ – Fahmi

04/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi tidak berpuas hati dengan sikap pengurusan TikTok yang dianggap tidak serius menangani isu berhubung aplikasi dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd