• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau bersemuka dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan Jho Low mengenai gaya hidupnya yang mewah dan bermegah-megah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bekas perdana menteri itu yang sedang membela diri terhadap tuduhan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau mempersoalkan tindakan Jho Low membeli hartanah mewah dan lukisan yang tidak ternilai harganya.

Najib berkata, beliau menyedari reputasi ahli perniagaan dalam buruan itu ketika itu, kerana terdapat cerita yang tersebar mengenai perbelanjaan mewah berkenaan, dan mengakui tidak selesa dengan perkara berkenaan yang menarik perhatian media antarabangsa dengan meluas.

“Bagaimanapun dia menjelaskan, dia melakukannya untuk Sheikh Mansour iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, kerana saya tidak suka tabiatnya yang bermegah-megah.

“Dia berulang kali cakap ia untuk Sheikh Mansour, sebab itu saya bersemuka dengannya. Dia kata tidak, tidak , saya buat pembelian ini untuk Sheikh Mansour.

“Sudah tentu perkara bukan sesuatu yang saya akan benarkan,” katanya.

Najib kemudian disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, mengapa beliau selaku perdana menteri tidak menyiasat perkara itu, yang dijawab Najib, “perkara ini membabitkan negara luar,”.

Najib juga tidak bersetuju dengan cadangan Mohamad Mustaffa bahawa beliau gagal menyiasat aktiviti Jho Low, walaupun selaku perdana menteri beliau adalah pegawai tertinggi dalam kerajaan ketika itu.

Mustafa: Datuk Seri bersetuju bahawa dari semasa ke semasa, Jho Low muncul dalam berita atas pelbagai sebab?

Najib: Ya.

Mustafa: Adakah Datuk Seri mengetahui gambar Jho Low bersama Paris Hilton (personaliti Amerika Syarikat)?

Najib: Saya tahu dia terbabit dalam beberapa acara publisiti, walaupun saya mungkin tidak biasa dengan artikel ini, tetapi saya sedar dia menerima publisiti yang tidak wajar.

Mustafa: Datuk Seri adalah pihak berkuasa tertinggi di Malaysia. Datuk Seri berada dalam kedudukan untuk mendedahkan kebenaran, tetapi memilih untuk tidak melakukannya.

Najib: Saya tidak bersetuju.

Mustafa: Pada masa itu, Datuk Seri menutup mata keranatidak mahu mengetahui perkara yang nyata.

Najib: Tidak. Saya tidak bersetuju. Saya bersemuka dengannya kerana saya tidak selesa dengan keadaan itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang dijalankan di Istana Kehakiman, Putrajaya bersambung pada sesi petang.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Najib RazakJho LowKes 1MDBMahkamah Tinggi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

30/10/2026
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penghakiman terus terhadap MajuBina Resources Sdn. Bhd. dan memerintahkan syarikat itu membayar...

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membolehkan Perikatan Nasional (PN) meneruskan aktiviti politiknya termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd