Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

SOP Atasi Buli Di...

KUALA NERANG - Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menyelesaikan masalah displin di sekolah...

Abang Tiri Kim Jong-Un...

KUALA LUMPUR - Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un ditemui mati di...

Pelarasan Tarif Air Tidak...

ALOR SETAR : Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan melaraskan kadar tarif baharu...

50 Mangsa Gas Beracun...

MELAKA - Lima puluh mangsa gas beracun di Kampung Tambak Paya termasuk empat...

Reman Suspek Kelima Pukul OKU Disambung Dua Hari

Chukai : Suspek kelima dipercayai terbabit kes pukul seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental pada Jumaat lalu, disambung dua hari lagi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin memerintahkan suspek berusia 41 tahun itu direman dua hari sehingga Jumaat ini.

Perintah reman itu bagi membolehkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Suspek sebelum ini ditahan pada Ahad, kira-kira jam 11.30 malam ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis daerah Kemaman untuk memberi keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, setakat ini seramai enam lelaki sudah ditahan dipercayai terbabit dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.


Akhbar sebelum ini melaporkan, mangsa lelaki OKU terbabit yang berusia 47 tahun dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pada jumaat, kira-kira jam 9.30 pagi.

Mangsa dipukul dipercayai selepas motosikal ditunggangnya terlanggar gerai jualan menyebabkan makanan dijual terjatuh dan tumpah.

Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan dipercayai akibat dipukul dan disepak oleh beberapa individu dipercayai peniaga dan pembeli di pasar tani terbabit.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori