• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 14kg Dadah Bernilai RM2.4 Juta

oleh Mohd Arshad
01/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 14kg Dadah Bernilai RM2.4 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis menahan pasangan kekasih yang aktif mengedar dadah menggunakan sebuah kereta milik ahli keluarga serta merampas lebih 14 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM2.4 juta, Sabtu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Iskandar Puteri melancarkan operasi khas membabitkan dua serbuan di kawasan Iskandar Puteri dan Johor Bahru pada jam 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi.

Beliau berkata, dalam serbuan itu pasangan kekasih berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan di tempat letak kereta di Mutiara Rini, Iskandar Puteri bersama sejumlah rampasan dadah.

Menurutnya, hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ketamin dan benzodiapines.

Katanya, hasil semakan rekod mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Modus operandi sindiket ini menggunakan kenderaan sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Hasil semakan mendapati Toyota Vios hitam yang digunakan adalah milik ahli keluarga mereka.

“Mereka dipercayai aktif beroperasi sejak Oktober lalu,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat pasangan berkenaan, polis melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka ditahan.

Menurutnya, menerusi kedua-dua serbuan, polis merampas 14,401 gram(g) serbuk ekstasi bernilai RM2,405,102; 24.58g ketamin (RM4,916); 2.75g syabu (RM302) dan 19.48g pil ekstasi (RM2,550) dengan kebanyakannya dibungkus semula mengikut kehendak pasaran.

Katanya, jumlah nilai rampasan dadah adalah RM2.4 juta.

“Dadah berkenaan dipercayai bagi pasaran tempatan dan boleh digunakan seramai 72,195 penagih.

“Malah polis juga menyita barang kemas bernilai RM15,573 selain mata wang Thailand 2,170 baht (RM284).

“Suspek direman tujuh hari bermula 28 Disember sehingga 3 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup selain sebatan.

“Polis juga menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat sumber bekalan dadah, pergerakan pasangan kekasih itu sebelum ini,” katanya.

Kumar berkata, sepanjang tahun lalu, polis Johor berkata membuat tangkapan seramai 25,002 individu atas pelbagai kesalahan dadah selain merampas dadah sebanyak 7.3 tan.

Menurutnya, nilai keseluruhan dadah dirampas adalah bernilai RM99.76 juta.

Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah boleh menyalurkan maklumat kepada polis di talian 012-2087222.

BHonline-

Tags: Edar Dadahpasangan kekasih
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

Next Post

Harga Runcit RON97, Diesel Naik 3 Sen

Related Posts

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

16/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini atas tuduhan mengedar...

Next Post
Harga Runcit RON97, Diesel Naik 3 Sen

Harga Runcit RON97, Diesel Naik 3 Sen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd