Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

LPB Jimat RM2.865 Bilion,...

KUALA LUMPUR - Anggaran penjimatan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak...

Mahkamah Tolak Rayuan Messi...

BARCELONA - Mahkamah di Sepanyol, semalam menolak rayuan dikemukakan peguam bintang bola sepak,...

Gaji Minimum Cuma Naik...

PENGUMUMAN kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 daripada RM1,000 sejak ia diperkenalkan pada 2016...

Selesai Inkues Baru Fail...

SHAH ALAM - Afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara yang mengatakan kematian Muhammad...

Polis Mohon Bantuan Kesan Tan Joon Tien

KUANTAN – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands, pada 28 Disember lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Tan Joon Tien, 14, daripada ibu saudaranya kira-kira 10 pagi 29 Disember.

Beliau berkata,remaja itu kali terakhir dilihat di sebuah rumah di Persiaran Oriental Lily 4, Taman Oriental, Tringkap, Cameron Highlands.


“Remaja itu berkulit cerah, berbadan kurus dengan ketinggian 157 sentimeter, memakai kemeja-T lengan panjang warna jingga serta berseluar rona hitam dengan jalur putih,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Azri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja itu tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menerusi talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis berhampiran. 

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori