• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang, Sabah Dilanda Banjir Pagi Ini

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pahang, Sabah Dilanda Banjir Pagi Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Di PAHANG, hujan berterusan menyebabkan banjir di daerah Raub dengan satu PPS dibuka pada 2.30 pagi tadi yang menempatkan 31 mangsa daripada 12 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Ulu Sungai, Batu Malim itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai.

“Hujan berterusan hingga 1 pagi di kawasan Banjaran Titiwangsa telah menyebabkan berlakunya limpahan air Sungai Batu Malim dan menjejaskan penduduk sekitar.

“Walaupun cuaca setakat ini semakin baik dan tidak hujan selepas 1 pagi namun proses pemindahan penduduk masih berterusan memandangkan limpahan air sungai berkenaan masih berlaku,” menurut kenyataan itu.

Di SABAH, 17 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan di daerah Kota Marudu pagi ini dan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan di sini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu dua kampung terjejas akibat bencana itu iaitu Kampung Tamisan dan Kampung Radu Tigaman.

“Antara mangsa yang dipindahkan termasuk empat Orang Kurang Upaya (OKU), seorang bayi lelaki dan empat kanak-kanak,” katanya.

Di SARAWAK, jumlah mangsa kekal 44 dengan satu PPS masih aktif setakat pagi ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, PPS di Dewan Kompleks Sukan Kanowit di Daerah Kanowit itu menempatkan 22 keluarga dari Rumah Leo, Nanga Lipus; Rumah Alice; Rumah Alexander; Rumah Geoffey; Rumah Joseph, Rantau Kemiding dan sebuah rumah persendirian. 

–BERNAMA

Tags: BanjirPahangSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd