Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

JAKOA Tubuh Pasukan Bertindak...

IPOH - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Basmi Ponteng...

Wanita Dan Kekasih Ditahan...

INDIANA – Seorang wanita berusia 22 tahun dan kekasihnya yang berusia 19 tahun...

Segerakan Bantuan Yang Telah...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa semua...

Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif...

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di bandar raya ini semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, pihaknya menerima maklumat dari orang awam berhubung penemuan mayat itu jam 2.28 petang.

“Hasil siasatan polis setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah berkaitan dengan penemuan mayat terbabit.

“Identiti mangsa juga masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Balveer Singh berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 atau pegawai penyiasat, Inspektor Helmy Halim menerusi talian 012-5759953 bagi membantu siasatan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori