Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Johor Sedia Terajui Penghasilan...

BATU PAHAT - Johor bersedia menerajui penghasilan biodiesel negara yang diharap mampu menjadi...

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini...

Undur Selepas 22 Tahun,...

UMURNYA baru 68 tahun dan secara relatif dianggap masih muda dalam industri bola...

Anwar Akan Terajui Negara...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan...

Lauk Dalam Tandas, Nasi Bungkus Dalam Mesin Basuh

Kota Bharu : Sanggup menyembunyikan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tindakan peniaga yang disyaki untuk dijual kepada orang tidak berpuasa itu dikesan dalam operasi di Tangok dekat Bachok, semalam.

Dalam operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara 10 pagi hingga 12 tengah hari itu, berjaya merampas lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais.

Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof berkata, dalam operasi itu, pihaknya memberi amaran kepada seorang wanita yang juga pemilik rumah berusia 40-an.

Katanya, operasi itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah menjual makanan dan minuman kepada individu tidak berpuasa.

“Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap di dalam tandas.

“Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.


“Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suratemi berkata, pihaknya memberi nasihat kepada wanita itu supaya tidak menjual makanan kepada golongan yang tidak berpuasa dan wanita itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit pada masa akan datang.

Beliau berkata, wanita itu juga akan dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.

“Dalam operasi itu, tiada tangkapan dibuat berikutan mereka sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Kita menasihatkan kepada semua terutama orang Islam supaya tidak makan dan minum di waktu siang di tempat yang terbuka pada bulan ini dan menghormati orang berpuasa,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori