• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

oleh Mohd Arshad
08/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan kedai dekat Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah di sini pada tengah hari tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Seorang pengunjung lokasi kejadian berkata, dia terkejut mendengar bunyi bising dan awalnya menjangka ia bunyi mercun.

“Kami terkejut melihat sebuah motosikal memecut dari lokasi berkenaan dan melihat seorang lelaki terbaring di lantai di hadapan restoran berkenaan,” katanya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 11 saat di halaman Info Berita Semasa di laman sosial Facebook menunjukkan lokasi kejadian dan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan kejadian tembakan.

Beliau berkata, kejadian membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun di restoran di Taman Setia Indah di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam kira-kira 12 tengahari dan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melaporkan kejadian itu.

Katanya, pegawai perubatan mengesahkan mangsa maut.

“Polis sedang mengesan sama ada terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan dan premis perniagaan berhampiran.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti suspek, saksi kejadian dan motif kejadian.

“Polis juga sedang menunggu keputusan bedah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

BHonline-

Tags: ditembaklelakimakanmaut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd