Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Nyanyian Lagu ‘Tak Seindah...

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ternyata mempunyai cara tersendiri apabila memilih menyampaikan...

CEO Gojek Dilantik Sertai...

JAKARTA - Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Gojek, Nadiem Makarim meletak jawatannya...

“Saya Didesak Bebaskan Individu...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pihak yang mencetus krisis politik...

NGO Gerakan Ustaz Muda...

TUMPAT - Ketika berada di dalam kumpulan 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pada...

Kes Bunuh Pegawai Polis Thailand: PDRM Terus Pantau Sempadan

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan pemantauan di sempadan, susulan dua suspek kes bunuh seorang pegawai kanan polis Thailand di Narathiwat berkemungkinan melarikan diri ke negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu bagi mengesan kedua-dua suspek terbabit.

“Setakat ini, tiada perkembangan terkini mengenai keberadaan kedua-dua suspek itu.

“Bagaimanapun polis meneruskan pemantauan terutama di kawasan sempadan bagi mengesan mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan PDRM dalam keadaan waspada berikutan dua suspek kes bunuh seorang pegawai polis berkemungkinan melarikan diri ke negara ini.


Dua suspek lelaki, Abdullah Samok, 30, dan Abdullah Bulat, 40, masing-masing berasal dari daerah Chanae dan Rueso di Thailand.

Razarudin dilaporkan berkata, dua suspek berkenaan berkemungkinan melarikan diri ke Malaysia untuk bersembunyi di kawasan hutan sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 14 Januari lalu membabitkan suspek yang dikatakan mempunyai 14 waran tangkap pelbagai kesalahan berkaitan isu keselamatan.

Dalam kejadian itu, mangsa, Leftenan Kolonel, Suwit Suwit Chuaythewarit, 56, dan anaknya, Senior Sarjan Mejar, Dome Chuaythewarit, 35, maut dalam satu serangan hendap di Narathiwat.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori