• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

oleh AK-47
25/01/2025
dalam Utama & Sensasi
0
KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara
Share on FacebookShare on Twitter

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, kata menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata usaha Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat termasuk memperketat kawalan di sepanjang Sungai Golok hingga ke Jeli, wajar diberikan sokongan penuh memandangkan ia membabitkan kawasan sempadan sejauh lebih 100 kilometer (km) yang sekian lama menjadi tumpuan aktiviti jenayah seperti penyeludupan, pemerdagangan orang, dan dadah.

“Saya menghargai keutamaan diberikan Ketua Polis Kelantan dalam memastikan keselamatan di kawasan sempadan.

“Kewujudan pangkalan haram dan laluan tikus yang menjadi laluan penyeludupan minyak masak, gas, lembu, dan pelbagai barang keperluan lain tidak boleh dibiarkan berterusan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli, semalam.

Saifuddin Nasution berkata isu keselamatan bukan sahaja penting untuk Malaysia tetapi juga memberi impak kepada Thailand.

Justeru, beliau telah mengadakan pertemuan tertutup dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul yang juga Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan langkah bersama untuk menangani isu berkenaan.

“Saya telah menyampaikan kepada beliau (Anutin) bahawa kawalan keselamatan sempadan adalah untuk kebaikan kedua-dua negara.

“Keselamatan tidak boleh dikompromi dan hubungan erat antara Malaysia dan Thailand perlu dimanfaatkan untuk menyelesaikan isu ini secara menyeluruh,” katanya.

Saifuddin Nasution juga menzahirkan keyakinan terhadap keberkesanan langkah yang telah diambil oleh pihak polis Kelantan dalam tempoh singkat ini.

Beliau memberi jaminan KDN akan terus menyokong segala usaha untuk memastikan keselamatan sempadan terjamin.

“Pemantauan akan diteruskan, dan saya akan memberikan bantuan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan dalam memastikan langkah-langkah keselamatan dapat dipertingkatkan. Ini usaha bersama yang memerlukan sokongan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata hubungan baik antara Malaysia dan Thailand perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh kawalan keselamatan sempadan sambil meningkatkan kefahaman bersama dalam menangani cabaran rentas sempadan.

–BERNAMA

Tags: Jenayah Rentas NegaraKDNsempadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Isteri Disahkan Maut Akibat Lemas

Next Post

Askar Wanita Israel Nafi Diberi Dadah Ketika Dalam Tawanan

Related Posts

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

Next Post
Askar Wanita Israel Nafi Diberi Dadah Ketika Dalam Tawanan

Askar Wanita Israel Nafi Diberi Dadah Ketika Dalam Tawanan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd