• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Kes Babit Anak Menteri Telah Dilengkapkan – KPN

oleh Mohd Arshad
09/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kertas Siasatan Kes Babit Anak Menteri Telah Dilengkapkan – KPN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri sebagaimana tular di laman media sosial sejak Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan kes berkenaan sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin lalu untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Tindakan ini sekali gus menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Razarudin berkata, pihak polis juga sudah merakam percakapan terhadap semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin, selepas laporan polis dibuat oleh pengadu pada 1 Januari lalu.

“Pada masa ini, pihak pendakwaan telah mengarahkan pegawai penyiasat untuk mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang dikatakan diugut oleh anak menteri terbabit,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan turut mendapati anak menteri terbabit dilaporkan sudah menikahi wanita berkenaan.

“Kita juga sedang menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi membantu siasatan yang dibuat.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa polis tidak akan melindungi sesiapa pun yang didapati terbabit dalam apa juga kesalahan meskipun ianya membabitkan menteri atau ahli keluarga mereka.

“Siasatan adalah telus dan pihak polis akan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.

Terdahulu tular dalam laman sosial Telegram kes membabitkan anak seorang menteri yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungannya sejak tujuh minggu lalu.

Pada masa ini siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Tags: Kertas SiasatanKPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd