Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Babak Filem Porno Yang...

BAYANGKAN situasi ini: anda ditugaskan di suatu tempat dan bertemu dengan seseorang yang...

Anzalna Tak Suka Berbelanja...

ANZALNA Nasir berkata, dia bukanlah seperti wanita dan selebriti lain yang terlalu mengambil...

20 Lelaki Ditahan, 127...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 20 lelaki dan merampas 127 set komputer dalam...

Wow… Kad Kahwin Sharnaaz...

TINGGAL dua minggu sahaja lagi sebelum pelakon berbadan sasa Sharnaaz Ahmad menamatkan zaman...

Jawatankuasa Parlimen UK Desak Kerajaan Iktiraf Palestin

ISTANBUL – Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa Parlimen United Kingdom (UK) pada Jumaat mendesak kerajaan untuk mengiktiraf negara Palestin, termasuk menetapkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi serta garis masa untuk tindakan yang dirancang, lapor Agensi Anadolu (AA).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jawatankuasa itu mengeluarkan laporan mengenai situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, perkembangan di Tebing Barat dan rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal.

“Kerajaan mesti menggariskan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengiktiraf negara Palestin, termasuk syarat-syarat yang perlu dipenuhi dan garis masa untuk tindakan yang dirancang,” menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah mengakibatkan banyak korban awam dan kemusnahan infrastruktur di Gaza.

Berhubung keputusan mahkamah antarabangsa yang menunjukkan kemungkinan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza, laporan itu menyatakan: “Kami percaya bahawa terdapat risiko munasabah bahawa kempen ketenteraan Israel di Gaza mungkin merangkumi pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang mencetuskan tuduhan genosid.”

Laporan itu juga menekankan keperluan untuk mengiktiraf negara Palestin bagi mencapai perdamaian yang berkekalan dan mampan di rantau itu.


Ia turut memaklumkan bahawa sebanyak 500 trak bantuan diperlukan setiap hari untuk memenuhi keperluan kemanusiaan Gaza, namun jumlah itu telah menurun kepada purata 25 trak.

Laporan itu mengetengahkan dakwaan serius mengenai dron yang menyasarkan orang awam selepas serangan udara Israel.

Mengenai tindakan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, laporan itu mendedahkan bahawa antara 7 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2024, Israel telah merobohkan 1,800 struktur milik rakyat Palestin dan menyebabkan 736 orang Palestin terbunuh dalam tempoh yang sama.

Selain itu, seramai 1,722 rakyat Palestin dipindahkan akibat rampasan tanah oleh pihak Israel sepanjang tempoh itu.

Laporan itu menggesa kerajaan UK untuk melakukan segala yang mampu bagi “memastikan Israel bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran berterusan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori