• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Ingin Buat Kerja Sambilan Perlu Dapat Kebenaran – Fadhlina

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Guru Ingin Buat Kerja Sambilan Perlu Dapat Kebenaran – Fadhlina
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Fadhlina berkata, satu garis panduan yang jelas telah wujud ketika ini menyebut tentang perkara berkenaan.

“Dan, apa sahaja keperluan (kerja sambilan) yang mereka buat tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka. Ia juga tidak boleh dilakukan semasa menjalankan tugas hakiki.

“Jadi, pesan saya berilah tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada. Ini komitmen kita untuk tingkatkan kualiti pendidikan negara dan kita perlukan guru yang fokus dalam kelas, khususnya PdP,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra bersama Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas lambakan pegawai perkhidmatan pendidikan yang menjalankan kerja sambilan.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan sekiranya permohonan guru untuk bertukar hanya lebih cepat dan mudah apabila tular di media sosial.

“Tidak betul. Kena ikut proses. Mana ada permohonan tidak ikut proses (tular). Keutamaan kita di KPM dalam perkara ini adalah keperluan pendidikan itu sendiri iaitu pertukaran tidak menjejaskan pendidikan. Kena tengok keseluruhan keperluan dan profesionalisme guru.

“Sebarang pertukaran kena ambil kira ekosistem pendidikan. Keutamaan kita masih lagi pada isu jarak jauh, keselamatan, kesihatan dan sebab-sebab lain yang kita pertimbangkan dalam konteks kebajikan guru.

“Setakat ini, pertukaran tertinggi adalah disebabkan pasangan jarak jauh,” katanya ketika menjawab mengenai isu guru ‘duka lara’.

Fadhlina berkata permohonan pertukaran penempatan mengajar dibuka sepanjang tahun namun pertukaran hanya akan dibuat pada cuti sekolah sahaja. 

-Bernama

Tags: Fadhlina SidekGuruKerja Sambilan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang guru sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd