• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lelaki Warga Asing Ditembak Cuba Serang Penguat Kuasa

oleh AK-47
25/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
5 Lelaki Warga Asing Ditembak Cuba Serang Penguat Kuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Langat : Lima lelaki warga asing yang ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting, semalam dilaporkan cuba menyerang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan parang ketika rondaan dilakukan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bot yang dinaiki suspek melanggar bot APMM sebanyak empat kali sebelum dua daripada mereka cuba menyerang pegawai penguat kuasa dengan parang.

Menurutnya, atas faktor keselamatan dan mempertahankan diri pegawai APMM melepaskan tembakan ke arah bot dinaiki suspek yang kemudian melarikan diri dalam gelap.

“Pihak APMM kemudian menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan sebuah bot yang terdampar di Pantai Banting, pada 9 pagi hari yang sama.

“Pihak APMM bergerak ke lokasi sebelum menemui dua lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menunda bot dinaiki mereka ke pangkalan maritim di Pelabuhan Klang, serta mendapatkan bantuan ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, pemeriksaan mendapati seorang lelaki meninggal dunia, manakala seorang lagi ditemui masih hidup dan dalam keadaan kritikal.

“Suspek yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, untuk mendapatkan rawatan.

“Pada 7.30 pagi semalam, tidak lama selepas kejadian tembakan itu berlaku, satu laporan polis dibuat pegawai perubatan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, yang menyatakan menerima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar yang cedera akibat tembakan pada anggota badan mereka,” katanya.

Beliau berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

-Harian Metro

Tags: penguat kuasaserangwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Israel Arahkan UNRWA Hentikan Operasi Di Baitulmaqdis Akhir Bulan Ini

Next Post

Hamas Rekrut 15,000 Pejuang Sejak Bermula Perang Dengan Israel – Laporan

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post
Hamas Rekrut 15,000 Pejuang Sejak Bermula Perang Dengan Israel – Laporan

Hamas Rekrut 15,000 Pejuang Sejak Bermula Perang Dengan Israel - Laporan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd