Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Manisan Bentuk Najis Anjing...

BANGKOK - Mungkin kelihatan menjijikkan anda, tetapi seorang pembuat kuih tidak menang tangan...

56 Geran Tanah Dirampas...

MELAKA - Sebanyak 56 geran tanah yang didakwa dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

NGO Hantar Kaunselor Bantu...

GEORGE TOWN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) akan menghantar pasukan...

Adik Ipar, Isteri Bunuh...

SHAH ALAM : Tindakan kejam seorang wanita berkomplot bersama adik lelakinya bagi membunuh...

Israel Arahkan UNRWA Hentikan Operasi Di Baitulmaqdis Akhir Bulan Ini

BAITULMAQDIS : Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) diarah menghentikan operasi dan meninggalkan semua premisnya di Baitulmaqdis menjelang 30 Januari ini, menurut duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Meskipun mendapat bantahan antarabangsa, ahli Parlimen Israel sudah meluluskan undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan Baitulmaqdis Timur, kawasan bandar yang diambil alih Israel selepas Perang Enam Hari pada 1967.

UNRWA berdepan kritikan daripada Israel termasuk dakwaan bahawa kakitangannya terbabit dalam serangan maut oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.

Menerusi surat yang diberikan Duta Israel, Danny Danon, kepada Ketua PBB, Antonio Guterres, UNRWA diarah menghentikan operasinya di Baitulmaqdis dan mengosongkan semua premis tempat ia beroperasi di bandar itu selewat-lewatnya pada 30 Januari ini.

UNRWA dianggap sebagai tulang belakang operasi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Ia menyediakan bantuan kepada kira-kira enam juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Jordan dan Syria.


Baitulmaqdis Timur sudah lama menjadi pusat pentadbiran agensi itu, selain mengendalikan sekolah serta klinik kesihatan di kawasan berkenaan.

Israel turut meluluskan undang-undang yang melarang pegawainya berkomunikasi dengan UNRWA, namun Parlimen negara itu tidak mengharamkan agensi terbabit daripada beroperasi di Gaza atau Tebing Barat yang diduduki.

Awal bulan ini, Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata bahawa agensi berkenaan merancang untuk kekal dan terus memberikan perkhidmatan di kawasan yang membolehkannya beroperasi.

“Bagaimanapun, tanpa hubungan birokrasi atau operasi dengan Israel, ia menjadikan persekitaran operasi anda jauh lebih mencabar,” katanya.

-AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori