• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Mega Pusat Hiburan: 22 Premis Hiburan Dikendali Warga Asing Diserbu, 288 Ditahan

oleh Mohd Arshad
10/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Op Mega Pusat Hiburan: 22 Premis Hiburan Dikendali Warga Asing Diserbu, 288 Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 pusat hiburan dipercayai dikendalikan warga asing di Selangor dan Kuala Lumpur diserbu dalam Op Mega Pusat Hiburan, malam tadi, dengan 288 individu ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata operasi bermula jam 10.30 malam itu dilaksanakan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme (D7) JSJ Bukit Aman, serta D7 JSJ Kontinjen Selangor dan D7 JSJ Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau berkata, keseluruhan 22 premis diserbu terdiri daripada 16 premis di Selangor dan enam di ibu kota yang dipercayai beroperasi tanpa lesen sah serta menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan atau permit kerja.

“Seramai 288 individu ditahan keemuanya warga asing terdiri daripada empat penjaga premis, 21 penjaga kaunter, 26 pekerja, dan 170 pelanggan warga asing pelbagai negara serta seorang tukang ‘jaga air’ (berperanan seperti tonto).

“Kita turut menahan 66 wanita warga Myanmar berperanan sebagai pelayan pelanggan (GRO). Semua tangkapan berusia antara 18 hingga 51 tahun, terdiri daripada warga Myanmar, Nepal dan Bangladesh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi turut disertai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Menerusi operasi itu, kita turut merampas sejumlah wang tunai, pelbagai peralatan hiburan, minuman keras pelbagai jenama serta beberapa dokumen operasi premis.

“Semua individu yang ditahan akan disiasat mengikut pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Akta Hiburan, Akta Eksais, Akta Kastam 1976 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, pihak PDRM khasnya JSJ Bukit Aman memandang serius operasi pusat hiburan haram yang dikendalikan warga asing kerana ia bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menjejaskan ketenteraman awam.

“PDRM akan terus mempergiatkan operasi bersepadu seperti ini di seluruh negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit.

“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan ini,” katanya.

BHonline-

Tags: Op Mega Pusat Hiburanpremis hiburanwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd