• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

34 Serpihan Dipercayai Tulang Manusia Ditemui Di Pantai Batu Burok 2

oleh Mohd Arshad
31/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
34 Serpihan Dipercayai Tulang Manusia Ditemui Di Pantai Batu Burok 2
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 34 serpihan dipercayai tulang manusia ditemui di tepi Pantai Batu Burok 2, dekat sini, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira jam 10.10 malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat melalui panggilan telefon oleh orang awam dan satu laporan polis dibuat bagi siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) di tempat kejadian yang dilakukan bersama Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu.

“Tempat kejadian dalam kawasan semak, di tepi longkang kering tidak berair iaitu di tepi pantai berjarak 40 meter dengan gigi air semasa air pasang.

“Lokasinya iaitu di belakang kawasan Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditinggalkan dan tidak lagi dihuni,” katanya.

Beliau berkata, ketika pihaknya tiba untuk menjalankan siasatan, persekitaran kawasan terbabit adalah gelap kerana tiada sumber pencahayaan.

Beliau berkata, semua ketulan dan serpihan tulang ditemui itu dikumpulkan untuk siasatan dan akan dihantar ke Unit Patologi dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau juga berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan kawasan sekitar sama ada perkuburan lama atau milik persendirian.

“Usaha mengesan identiti mangsa bergantung kepada hasil pemeriksaan perubatan dan kimia seperti jantina, tempoh kematian dan lain-lain maklumat yang akan diperolehi kemudian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan rangka berkenaan dan siasatan berhubung penemuan rangka itu masih dalam siasatan polis,” katanya.

BHonline-

Tags: serpihantulang manusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Afdlin Nafi Tuduhan Salah Laku Projek DBKL

Next Post

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

Related Posts

Serpihan Roket China Melintas Di Ruang Udara Malaysia

Serpihan Roket China Melintas Di Ruang Udara Malaysia

31/07/2022
0

Kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi dikesan berlaku pada jam 12.55 pagi...

Polis Sahkan Tulang Manusia Dijumpai Di Gua Kandu

23/04/2019
0

KAMPAR - Polis mengesahkan beberapa serpihan tulang yang ditemui di sekitar Gua Kandu Sabtu lalu merupakan tulang milik manusia. Ketua...

Next Post
Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd