• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

oleh Mohd Arshad
15/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Kos mengerjakan haji untuk tahun depan sama ada meningkat atau kekal akan diumumkan Tabung Haji (TH) pagi esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pengumuman itu akan dilakukan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othma.

Beliau berkata, surat tawaran menunaikan haji juga akan mula diedarkan kepada bakal jemaah esok.

“Insya Allah, esok Isnin pagi CEO Tabung Haji akan mengumumkan kos haji bagi 2025.

“Selepas jam 12 tengah hari esok, insya-Allah surat tawaran haji akan dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Misi Bantuan Banjir Ihsan MADANI di Kedah di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, di sini, hari ini.

Isnin lalu, Mohd Na’im dilaporkan berkata penetapan sama ada kos bagi mengerjakan haji meningkat atau dikekalkan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata sumbangan RM572,000 dalam bentuk tunai dan barangan berjumlah RM257,232 disalurkan kepada mereka yang terjejas dalam misi bantuan itu.

“Sumbangan tunai diberikan kepada institusi agama Islam dan pendidikan di lokasi yang terlibat dalam misi ini membabitkan dua masjid berjumlah RM40,000, 13 pondok berjumlah RM80,000.

“Selain itu sebuah Sekolah Agama Rakyat menerima tunai RM200,000 dan sebuah Maahad Tahfiz menerima RM50,000… bantuan tunai turut diberikan kepada penduduk setempat yang terjejas berjumlah RM202,000.

“Kita juga sedang mengumpulkan maklumat berhubung keseluruhan institusi agama yang terjejas dalam banjir ini dari seluruh negara,” katanya.

-Berita Harian

Tags: kos hajiTH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aksi Spontan Guru Suap Makanan Kepada Murid Dapat Pujian Ramai

Next Post

PM Thailand Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

Related Posts

Kos Haji Meningkat Atau Kekal Diumum Pada Isnin

Kos Haji Meningkat Atau Kekal Diumum Pada Isnin

14/12/2024
0

SHAH ALAM - Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama...

TH Berjaya Kutip Dana Lebih RM1 Juta

TH Berjaya Kutip Dana Lebih RM1 Juta

04/06/2024
0

MAKKAH : Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mengutip dana berjumlah lebih RM1 juta, hasil sumbangan jemaah haji dan pendepositnya melalui...

Next Post
PM Thailand Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

PM Thailand Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd