• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden China Janji Promosi Keamanan Dunia Pada 2025

oleh AK-47
31/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Presiden China Janji Promosi Keamanan Dunia Pada 2025
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING : Presiden China, Xi Jinping menerusi mesej Tahun Baharu 2025 kepada rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin, berjanji untuk mempromosikan keamanan dunia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Tidak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, China akan tetap teguh dalam melaksanakan reformasi secara menyeluruh… dan mempromosikan keamanan dan pembangunan dunia,” katanya memetik penyiar negara CCTV.

Sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022, China berusaha untuk tampil sebagai pihak yang neutral, langkah berbeza berbanding Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain.

Namun, China menjadi rakan politik dan ekonomi yang rapat dengan Russia menyebabkan beberapa negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menggelarkan Beijing sebagai ‘penyokong’ perang terbabit yang tidak pernah dikritik republik itu.

Menurut laporan CCTV, Jinping memberitahu Putin bahawa China dan Russia bergerak secara konsisten dan bersama di landasan betul tanpa berperikatan, tiada konfrontasi dan tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga.

Beliau berkata ia dicapai dalam situasi perubahan yang berkembang dengan cepat dan belum pernah dilihat dalam tempoh seabad, tatkala landskap antarabangsa bergolak.

Jinping turut menghargai Putin sebagai teman terbaik dan Putin pula menyifatkan Jinping sebagai rakan kongsi boleh dipercayai.

Hubungan kedua-dua pemimpin itu tetap utuh walaupun peningkatan ketegangan dengan negara Barat selama sedekad.

Tahun ini, kata Jinping menandakan ulangtahun ke-75 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Russia

“Ia merupakan satu lagi pencapaian penting dalam hubungan kedua-dua negara.

“Selepas tiga perempat abad yang penuh liku, hubungan China-Russia menjadi semakin matang dan stabil,” katanya.

-AFP

Tags: ChinaKeamanan Dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd