• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bantuan Prasarana Leraikan Pergaduhan Penyokong Bola

oleh Mohd Arshad
21/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Bantuan Prasarana Leraikan Pergaduhan Penyokong Bola
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Pasukan polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meleraikan pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Laluan Ampang/Sri Petaling sekitar jam 12 tengah malam Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Prasarana berkata, insiden itu mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen serta bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan semasa kejadian tersebut. Pasukan polis bantuan telah membawa keluar kumpulan penyokong terlibat dari Stesen LRT Bandar Tasik Selatan untuk mengelakkan sebarang situasi yang lebih merbahaya.

“Prasarana amat kesal dengan kejadian ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kekerasan serta kelakuan agresif di stesen dan di dalam tren,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Prasarana menegaskan, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan di Balai Polis Sungai Besi dan sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan tindakan yang sewajarnya diambil terhadap individu-individu yang terlibat.

Katanya, sebagai pengendali perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Lembah Klang, Prasarana komited untuk memastikan bahawa sistem pengangkutan awam sentiasa menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk semua pengguna.

“Kami juga menyeru kepada semua pengguna untuk menunjukkan sikap yang lebih bertanggungjawab dan beradab ketika menggunakan perkhidmatan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya mengesan video tular memaparkan kejadian pergaduhan pada jam 12.03 malam.

“Pergaduhan melibatkan kira-kira 20 hingga 30 orang penyokong dua kumpulan bola sepak.

“Ada yang bertindak agresif, bertumbuk antara satu sama lain, membaling tong sampah dan penghadang pintu lift ke arah tren serta menendang pintu tren,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kata beliau, perbuatan liar itu mengakibatkan kerosakan pada bahagian pintu cermin tren hingga menyebabkan tren terhenti lebih kurang lapan minit.

Menurut beliau, pihak polis bantuan yang berada di lokasi telah bertindak meleraikan pergaduhan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

SinarHarian-

Tags: penyokong bolapergaduhanPolis Bantuan Prasarana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

Next Post

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Polis Berkas 4 Lelaki Terbabit Pergaduhan, Rampas 3 Pistol

Polis Berkas 4 Lelaki Terbabit Pergaduhan, Rampas 3 Pistol

29/07/2024
1

NIBONG TEBAL : Polis merampas tiga pistol bersama sejumlah peluru selepas menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit pergaduhan pada 13...

Next Post
Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu 'Bae Soba Bae' Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd