• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berkas 4 Lelaki Terbabit Pergaduhan, Rampas 3 Pistol

oleh Mohd Arshad
29/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Polis Berkas 4 Lelaki Terbabit Pergaduhan, Rampas 3 Pistol
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL : Polis merampas tiga pistol bersama sejumlah peluru selepas menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit pergaduhan pada 13 Jun lalu dalam serbuan berasingan di sekitar Sungai Bakap, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di Juru, sebelum membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki berusia antara 19 hingga 24 tahun.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad, berkata pemeriksaan di rumah seorang suspek di Sungai Bakap, polis menjumpai dua pistol angin bersama kelopak tanpa peluru.

“Polis turut menjumpai satu kelopak (peluru), botol tertera tulisan Green Gas dan bungkusan galas bebola plastik berwarna putih.

“Kemudian, pemeriksaan di sebuah pejabat di Kampung Baru Valdor pula menemui pistol jenis Glock tertera tulisan Austria, peluru tertera tulisan WCC 17, tiga peluru S&B Auto 45 dan peluru PMC Auto 45,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek memiliki rekod lampau berkaitan dadah.

“Seorang daripada suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960, manakala tiga lagi disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Semua mereka direman lima hari bermula semalam hingga 1 Ogos bagi siasatan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, polis menahan tiga individu termasuk dua pembantu rumah wanita warga asing berusia 29 hingga 44 tahun selepas menyerbu sebuah rumah di Simpang Ampat, di sini, semalam.

“Tangkapan dibuat dalam operasi jam 5 petang yang mana polis turut merampas sejumlah dadah jenis Eramin 5, ketamin, ekstasi dan MDM bersama peralatan menghisap dadah.

“Ketika pemeriksaan polis juga menemui sepucuk pistol tiruan bersama sebotol bebola plastik dan sebilah buku lima berbentuk pisau,” katanya.

Hamzah berkata, ketiga-tiga suspek direman seminggu hingga 3 Ogos bagi membantu siasatan.

-Berita Harian

Tags: pergaduhanPistolpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Turkiye Mungkin Masuki Israel Untuk Bantu Rakyat Palestin – Erdogan

Next Post

Peguam Bung Tak Sihat, Rayuan Pendakwaan Tangguh

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
Peguam Bung Tak Sihat, Rayuan Pendakwaan Tangguh

Peguam Bung Tak Sihat, Rayuan Pendakwaan Tangguh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd