• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

oleh Mohd Arshad
21/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat sini pada 1 November lalu, berhasrat untuk meneruskan karier nyanyian selepas bebas nanti.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penyanyi berusia 29 tahun itu turut berharap peminatnya di Malaysia tidak mengutuknya dan dapat menerima dia kembali.

Dia menyedari ramai peminatnya di Malaysia membuat pelbagai andaian tentang kes tangkapannya bersama lima lagi rakyat Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kepada semua peminat bahawa saya tidak bersalah.

“Saya sekadar mengikut kawan-kawan ke pekan Golok,” kata ibu kepada dua anak.

Penyanyi itu berkata, dia sudah bersetuju bekerjasama dengan beberapa pengasas produk untuk terlibat dengan pemasaran barangan mereka.

“Ada yang masih menunggu saya untuk menyanyikan lagu produk mereka selepas saya dibebaskan daripada tahanan.

“Saya sangat terharu kerana mereka masih menyokong saya,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Bae Soba Bae’ itu berkata tiada lagu baharu dapat dibuat semasa dalam tahanan.

“Saya sentiasa menyanyikan lagu itu sekiranya diminta oleh tahanan-tahanan lain kerana ia popular di sini,” katanya ketika menerima lawatan beberapa pemberita di Penjara Wilayah Narathiwat, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penyanyi wanita Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di Genting Hotel di Pekan Sungai Golok pada 1 November lalu.

Semua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun tersebut ditahan di sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur di pusat hiburan bawah hotel itu.

BHonline-

Tags: dikir baratKelantanpenyanyi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd