• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Dikelar, Rakan Ditikam Parah

oleh Mohd Arshad
01/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Maut Dikelar, Rakan Ditikam Parah
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Seorang lelaki maut dikelar di bahagian leher manakala seorang lagi parah ditikam di bahagian dada dalam kejadian di kawasan perumahan pekerja ladang di sini pada malam Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang maut Christian Andi, 30-an manakala seorang lagi mangsa yang parah Bernadus Bagalewok, 24, kini sedang dirawat di Hospital Beluran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beluran, Asisten Superintenden Mohd Zulfikar Abd Salam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 2.06 pagi Jumaat.

Katanya, lokasi kejadian terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Balai Polis Telupid dan sepasukan polis terpaksa melalui jalan tidak berturap dan tanah merah berserta lumpur selain tiada jaringan talian komunikasi.

“Hasil siasatan mendapati, pada hari kejadian terdapat satu sambutan hari jadi salah seorang pekerja ladang sekitar jam 6.30 petang hingga 9 malam.

“Pada jam 11 malam, berlaku kekecohan sehingga terjadi pergaduhan melibatkan suspek dengan mangsa yang maut di mana suspek telah menyerang mangsa sehingga mendapat kecederaan di bahagian leher,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya lagi, seorang lagi mangsa yang tinggal berhadapan dengan rumah suspek terdengar kekecohan di luar rumah telah bertindak keluar dari rumahnya.

“Mangsa kemudian melihat suspek keluar dari dalam rumah sambil memegang pisau dan terus meluru ke arahnya lalu terkena tikaman di bahagian tengah dada.

“Mangsa sempat menendang suspek selepas ditikam menyebabkan suspek terjatuh, mangsa kemudian menjerit meminta tolong dan suspek terus melarikan diri bersama pisau yang digunakan,” katanya.

Mohd Zulfikar berkata, mangsa yang maut sempat melarikan diri ke arah rumah pekerja di blok berhampiran dengan jarak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian untuk meminta bantuan.

“Namun mangsa telah rebah di kerusi depan rumah tersebut dan dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan di bahagian leher akibat dikelar.

“Sementara itu, mangsa yang cedera di dada pula dibawa ke hospital dan kini dirawat di Hospital Duckess of Kent, Sandakan serta dalam keadaan stabil,” katanya.

Tambah Mohd Zulfikar lagi, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 dan 326 Kanun Keseksaan.

“Siasatan juga mendapati suspek dan mangsa dipercayai mabuk selepas minum minuman beralkohol. Pihak polis sedang giat memburu suspek berusia 40-an yang juga merupakan pekerja ladang di kawasan tersebut.

SinarHarian-

Tags: DITIKAMlelakimaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

‘Pelajar Perempuan Itu Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan, Kita Rampas 2 Senjata Tajam’ – Polis

‘Pelajar Perempuan Itu Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan, Kita Rampas 2 Senjata Tajam’ – Polis

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua senjata tajam dipercayai digunakan pelajar Tingkatan Dua dalam kes bunuh pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd