• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bawa Dadah Naik Bot Ditahan

oleh AK-47
02/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Lelaki Bawa Dadah Naik Bot Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Tindakan seorang lelaki warga asing untuk menyeludup bekalan dadah ke luar negara gagal apabila ditahan sepasukan polis di sebuah jeti di Teluk Bahang, George Town pada jam 8.30 pagi, 1 Disember.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki Indonesia tersebut ditahan bersama dadah jenis ganja, methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan syabu bernilai RM217,424.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki berusia 29 tahun itu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah untuk pasaran luar negara.

Menurutnya, suspek ditahan bersama beg ketika berada di atas sebuah bot yang disewa daripada orang tempatan untuk pulang ke tempat asalnya di Riau.

“Suspek telah menyewa bot tersebut dengan kadar RM3,000 dan dipercayai untuk membawanya sehingga ke kawasan sempadan dan kemudiannya menaiki bot lain untuk ke Riau.

“Kita percaya, kesemua bekalan dadah tersebut adalah untuk pasaran di Indonesia. Bagaimanapun, kita masih menyiasat dari mana suspek mendapat kesemua bekalan dadah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah Barat Daya di sini pada Isnin.

Tambah Sazalee, suspek memasuki ke negara ini pada 28 September lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mempunyai dokumen perjalanan lengkap dan sah.

“Ini merupakan pertama kali suspek masuk ke Malaysia dan dia baru bergiat aktif dalam kegiatan mengedar dadah.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti sama ada suspek mempunyai rakan jenayah yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan pada beg yang dibawa suspek menjumpai enam ketul ganja bernilai RM20,150, enam bungkus syabu bernilai RM195,200 dan dua peket MDMA bernilai RM2,074.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tiada rekod jenayah lampau. Suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Dalam kes berasingan, seorang peniaga buah ditahan bersama 11.4 liter air ketum, 27 kilogram daun ketum dan peralatan memasak air ketum pada 1 Disember.

Sazalee berkata, suspek berusia 58 tahun itu ditahan di rumahnya di Kuala Jalan Bahru, Mukim D di sini.

“Suspek menjadikan rumahnya untuk memproses ketum sebelum dijual kepada pelanggan tetapnya. Semakan mendapati, suspek telah ditahan sebanyak enam kali dengan kesalahan yang sama.

“Ini adalah kali ketujuh suspek ditahan. Suspek mempunyai enam rekod dadah di bawah Akta Racun, dua rekod dadah dan dua rekod jenayah,” katanya.

Beliau menambah, ujian saringan air kencing suspek mendapati negatif dadah.

“Suspek direman empat hari sehingga 5 Disember ini untuk siastan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd