• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgar Lampu Merah: 95,298 Saman Dikeluarkan Dalam Tempoh 11 Bulan Tahun Ini – JSPT

oleh Mohd Arshad
17/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Langgar Lampu Merah: 95,298 Saman Dikeluarkan Dalam Tempoh 11 Bulan Tahun Ini – JSPT
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pemandu kereta merekodkan jumlah tertinggi dengan 44,889 saman, diikuti penunggang motosikal (39,468), pemandu lori (3,937) dan lain-lain kenderaan (7,004).

“Kesalahan melanggar lampu isyarat merah adalah satu pelanggaran undang-undang jalan raya yang serius dan berpotensi menyebabkan kemalangan maut.

“JSPT tidak berkompromi terhadap mereka yang melanggar peraturan. Pemantauan dan penguatkuasaan lebih ketat akan dijalankan di lokasi dikenal pasti dan kamera litar tertutup di persimpangan utama akan dipertingkatkan bagi memastikan pelanggaran undang-undang dapat dikesan dan pelaku ditangkap dengan segera,” katanya.

Mohd Yusri berkata JSPT juga bekerjasama dengan agensi kerajaan lain termasuk pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kesalahan lampu isyarat merah diambil tindakan di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025, Mohd Yusri meminta masyarakat dan semua pengguna jalan raya untuk sentiasa mempamerkan sikap lebih bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan arahan pihak berkuasa bagi menaikkan imej negara.

JSPT mengges semua pengguna jalan raya sentiasa berada dalam keadaan fokus semasa memandu dan tidak tergesa-gesa melintasi lampu isyarat merah.

Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan dengan kerjasama semua, kemalangan yang berpunca daripada pelanggaran peraturan, lalu lintas terutama di persimpangan utama jalan raya dapat dikurangkan, katanya.

Bernama-

Tags: JSPTlanggar lampu merahsaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Maut Kereta Terbalik, Jatuh Cerun Di Kawasan Perumahan

Next Post

Ranau Dilanda Gempa Bumi Lemah Lagi

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

23/12/2024
0

SINGAPURA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman syarikat penyedia perkhidmatan korporat, Amicorp Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Toine Knipping membabitkan...

Next Post
Ranau Dilanda Gempa Bumi Lemah Lagi

Ranau Dilanda Gempa Bumi Lemah Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd