• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Kereta Terbalik, Jatuh Cerun Di Kawasan Perumahan

oleh AK-47
15/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Maut Kereta Terbalik, Jatuh Cerun Di Kawasan Perumahan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit di kawasan taman perumahan Taman Nusari Bayu 1, Bandar Seri Sendayan pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian pada jam lebih kurang 9 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iriz.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berumur 36 tahun bersama seorang penumpang wanita berusia 60 tahun dipercayai ibu pemandu itu dari arah Nusari Aman menuju ke Rasah Jaya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, dipercayai pemandu kereta berkenaan telah gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, susulan itu kenderaan berkenaan telah melanggar pagar besi di bahu jalan cerun bukit yang berketinggian lebih kurang 10 hingga 15 meter sebelum terjatuh dan terbalik ke kawasan taman perumahan Taman Nusari Bayu 1.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi manakala penumpang belakang mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan kes masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd