Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mappim Gesa Polis Siasat...

SHAH ALAM - Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) menyokong penuh pendirian Mufti...

Sang Bedal 600Kg Baham...

SETELAH melakukan pemburuan selama tiga hari, seekor buaya yang membaham kaki nelayan dan menjadi...

Najib Dan Isteri Hadir...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis Rumah...

Polis Buru Baki Seorang...

JELEBU : Polis kini memburu baki seorang lagi banduan tahanan reman yang masih...

Kelemahan Hingga Terlepas Batu Puteh Adalah Pengkhianatan Buat Negara – PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sebarang kesalahan dalam soal menyerahkan kedaulatan termasuk terkait isu pulau Batu Puteh, adalah pengkhianatan besar kepada negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tanpa merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri berkata, pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu jelas menunjukkan wujud kelemahan dan bukan perkara ringan.

Tegas Anwar, setiap inci tanah milik negara sepatutnya diperjuangkan secara habis-habisan.

Beliau bagaimanapun berkata, sebarang tindakan susulan harus diserahkan mengikut proses undang-undang yang perlu dihormati.

“RCI itu mendedahkan kelemahan, bahkan dari satu sudut, pengkhianatan yang berlaku kerana setiap inci tanah kita itu patut kita perjuangkan habis-habisan.

“Tapi nampak ada satu kegagalan. Ini didedahkan (dalam RCI).

“Bagi saya bukan satu perkara yang ringan iaitu apa-apa kesalahan yang terbabit dalam soal menyerahkan kedaulatan dianggap satu pengkhianatan besar kepada negara.


“Proses undang-undang harus dihormati, jadi kita tengok proses berikutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar Presint 14 dan menjamu selera di Restoran Q-Bistro, Presint 15.

Beliau mengulas laporan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri.

Prosiding dicadangkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Perkara berkenaan antara yang disyorkan RCI berkenaan dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedar kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, semalam.

Laporan akhir yang dinyahklasifikasikan itu diserahkan oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori