• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

oleh Mohd Arshad
09/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selangor akan menaikkan cukai taksiran sehingga 25 peratus berkuat kuasa 1 Januari depan selepas 20 tahun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, nilaian baharu itu diluluskan kerajaan negeri selepas penangguhan pelaksanaannya pada 2019.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil langkah untuk mengawal kesan penilaian semula cukai taksiran sebagai prihatin dengan kebimbangan rakyat berhubung perkara itu.

“Dengan meluluskan kenaikan cukai sehingga 25 peratus, pemilik harta menikmati diskaun 75 peratus bagi kenaikan melebihi 100 peratus.

“Sebagai contoh, jika cukai taksiran rumah pangsapuri dibayar pada 2024 berjumlah RM100 setahun, ia akan menjadi RM200 selepas penilaian semula cukai taksiran.

“Namun, melalui kawalan kenaikan taksiran sehingga 25 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan negeri menjadikan jumlah yang perlu dibayar pada tahun depan adalah RM125 setahun berbanding RM200,” katanya pada sidang akhbar diadakan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.

Bagaimanapun, Suee Lim berkata, bagi pegangan yang membuat perubahan matan atau kegunaan bangunan akan dinilai seperti mana nilai tapak dan tiada pengurangan diberikan.

Selain itu jelasnya, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif mengecualikan cukai taksiran kepada pemilik rumah kos rendah lebih 300,000 pegangan membabitkan kutipan RM60 juta.

“Kerajaan negeri juga membuat pengecualian cukai taksiran bersasar kepada penduduk kampung tradisi dan kampung baru yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Setakat ini hampir 3,000 penduduk diberikan pengecualian itu dan menyasarkan jumlah itu ditingkatkan kepada 5,000 pemilik,”ujarnya.

Tambah beliau, langkah nilaian baharu itu sejajar Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] iaitu senarai satu nilaian baharu hendaklah disediakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap lima tahun.

Katanya, senarai nilaian sedia ada Majlis Daerah Sabak Bernam (MBSB) masih mengguna pakai aras sewaan 1986 atau bersamaan 38 tahun, diikuti Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) 37 tahun manakala sembilan PBT lain melebihi 20 tahun.

“Melalui nilai baharu ini, 11 PBT di Selangor akan mendapat lebihan kutipan cukai taksiran RM355 juta selepas kenaikan 25 peratus.

“Wang tersebut boleh digunakan untuk naik taraf infrastruktur seperti longkang dan dewan selain menampung peningkatan kos pengurusan kutipan sampah serta keperluan lain,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: cukai taksiranselangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd