Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pertemuan Mahathir, Anwar Bermotifkan...

GUA MUSANG - Pertemuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan seterunya,...

Sultan Yakin Azmin Dapat...

KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR...

Peniaga Perlu Bertimbang Rasa...

DUNGUN - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peningkatan harga barang yang mendadak di...

Kaunselor Korea Utara Herdik...

KUALA LUMPUR - Kaunselor di Kedutaan Korea Utara di sini, Kim Yu-song mengherdik...

Bekas Penceramah Bebas Tak Mengaku Tuduhan Pindaan Menyamar Peguam

SEREMBAN – Bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan pindaan menyamar sebagai peguam berkelayakan dengan menipu mangsa di Kompleks Mahkamah Seremban, Jun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Amran Jantan selepas kertas pertuduhan dibacakan pada prosiding serahan dokumen.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan ketiga yang telah dibacakan pada prosiding sebelum ini.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa telah menyatakan bahawa dirinya adalah seorang peguam bela dan peguam cara yang berkelayakan dengan menipu seorang lelaki.

Kesalahan itu dilakukan pada 2 jun 2022 jam 10 pagi di Kompleks Mahkamah Seremban.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 419 kanun yang sama.


Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Asroff Kamarul memaklumkan telah menyerahkan dokumen di bawah Seksyen 1A Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak peguambela.

Peguam, Ahmad Zahid Abu Hashim memohon tempoh antara tiga ke empat bulan untuk meneliti dokumen segala dokumen daripada pihak pendakwaan.

Mahkamah membenarkan jaminan tertuduh dilanjutkan dan sebutan semula kes 16 April depan.

Media pada 28 Oktober lalu melaporkan Syafiq Stewart mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyamar sebagai peguam berkelayakan dengan menipu mangsa di Kompleks Mahkamah Seremban sejak 2021.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori