• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan Kes Dibicara Bersama Didengar 20 Januari

oleh Mohd Arshad
17/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan Kes Dibicara Bersama Didengar 20 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 20 Januari depan bagi mendengar permohonan pendakwaan agar kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram di Johor, yang berdepan sembilan pertuduhan berasingan berkaitan keganasan, dibicarakan bersama.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan memohon agar kesemua kes dihadapi kelima-lima tertuduh perlu dibicarakan bersama kerana mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pihak pendakwaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah,” kata Yazid Mustaqim pada sebutan kes itu pada Selasa.

Kelima-lima mereka terdiri daripada bapa penyerang berkenaan Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62; ibunya Rosna Jantan, 59; dan tiga adik-beradiknya, Radin Romyullah Radin Imran, 34; Farhah Sobrina Radin Imran, 23; dan Mariah Radin Imran, 19.

Sementara itu peguam Faizal Rahman yang mewakili kesemua tertuduh berkata, pihaknya masih belum membuat keputusan sama ingin membantah permohonan pendakwaan untuk kes dibicarakan bersama atau sebaliknya, namun akan memfailkan afidavit jawapan selepas menerima kesemua dokumen berkaitan kes.

Pada 30 September lepas, di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin (kini Hakim Mahkamah Rayuan), Rosna mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei lepas.

Sementara itu pada 16 Oktober lepas di hadapan Hakim K Muniandy, Radin Romyullah juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru.

Pada 23 Oktober lepas, Radin Imran mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid.

Di hadapan hakim sama pada tarikh sama (23 Oktober) anak perempuan Radin Imran, Farhah Sobrina turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkenaan kesalahan-kesalahan berkaitan Seksyen 130J(1)(a) dan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan.

Dalam serangan di balai polis Ulu Tiram pada 17 Mei lalu, dua konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera ditembak selepas diserang seorang penyerang lelaki yang akhirnya ditembak mati dalam insiden tersebut.

Bernama-

Tags: ahli keluargaBalai Polis Ulu Tirampenyerang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

19/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin. IKUTI...

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

26/06/2023
0

SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd