Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

96.3 Peratus Keluar Mengundi...

TUMPAT (Kelantan) - Selepas pusat mengundi untuk pengundian awal ditutup pukul 3 petang...

Iklan Babi Bersongkok, Bersampin...

NAMPAKNYA, sensitiviti agama makin dipandang ringan pada hari ini oleh segelintir pihak yang...

Najib Rasmi Sambutan Hari...

MARAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Stadium...

Hormat Tun M, Najib...

DALAM menjawab pelbagai spekulasi yang ditimbulkan bekas Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr...

Semak Status Sekatan Perjalanan Elak Kesulitan

ANDA telah lama mengumpul wang untuk membawa seisi keluarga melancong di luar negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Membuat perancangan rapi untuk memastikan kegembiraan terpancar di wajah isteri dan anak-anak.

Tiket penerbangan, tempat penginapan semuanya telah disusun atur untuk mengelakkan sebarang permasalahan.

Namun sesudah tiba di lapangan terbang anda tidak dibenarkan meninggalkan negara oleh Imigresen.

Gara-gara anda memiliki tanggungan cukai tidak berbayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)

Apakah agaknya perasaan keluarga anda yang sarat dengan bagasi di lapangan terbang ketika itu?

Ini antara kisah benar pernah dialami oleh individu yang culas dalam membayar tanggungan cukai mereka.

Untuk rekod, HASiL mendapat kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mengenakan sekatan itu.

Justeru, pastikan anda membayar cukai yang dikenakan ke atas anda untuk mengelak nasib sedemikian.


Atau anda boleh membuat semakan status Sekatan Perjalanan terlebih dahulu sebelum mahu ke luar negara.

Semakan status Sekatan Perjalanan malah boleh dibuat dengan mudah melalui Aplikasi MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my.

Semakan boleh juga dibuat di Portal rasmi Imigresen di pautan Semakan Status Perjalanan https://sspi.imi.gov.my/sspi.

Sekiranya semakan mendapati anda dikenakan Sekatan Perjalanan, jelaskan cukai tertunggak tersebut.

Bayaran boleh dibuat secara dalam talian di ByrHASiL dan menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai anda untuk mendapatkan Surat Pembatalan Sekatan Perjalanan.

Anda masih berpeluang ke luar negara jika tidak dapat menjelaskan tanggungan cukai sepenuhnya.

Anda masih boleh memohon pelepasan sementara untuk perjalanan ke luar negara dengan syarat berikut:

  • Pembayar cukai atau wakil hadir ke / menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail pembayar cukai.
  • Mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat destinasi, tujuan dan tempoh di luar negara.
  • Membuat bayaran 50 peratus daripada jumlah cukai tertunggak.
  • Surat pelepasan sementara akan dikeluarkan kepada pembayar cukai dengan menyatakan tempoh pelepasan sementara yang diberikan.
  • Resit bayaran dan dokumen permohonan dikemukakan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh perjalanan.

Mynewshub-

  • Lagi berita berkaitan:
  • hasil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori