Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Sistem Pengangkutan Awam Penuhi...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus menangani...

Seorang Penuntut KPTM Maut,...

GUA MUSANG - Seorang penuntut Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Gua Musang maut manakala...

Kit Siang Pertikai `Pak...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar ramai anggota Kabinet kerana...

Ibu Bapa Disaran Galak...

TAWAU - Ibu bapa disaran agar menggalakkan anak-anak supaya aktif bersukan dalam melahirkan...

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

Kuala Lumpur : Seorang pengawal pengiring orang kenamaan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk muka pemandu e-hailing yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) semasa menunggu pelanggannya di lobi hotel, Mei lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menjatuhkan hukuman itu terhadap Lans Koperal Muhammad Taufik Ismail, 32, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000, jika gagal bayar tertuduh dikenakan hukuman penjara 20 hari,” kata Farah Nabihah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap Ong Ing Keong, 47, di hadapan lobi sebuah hotel di Brickfields di sini pada 11.40 pagi, 28 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhammad Taufik yang diwakili peguam A Ashok membayar denda itu.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian pengadu yang merupakan pemandu e-hailing memandu keretanya ke hadapan lobi sebuah hotel untuk mengambil penumpang dan menunggu penumpang terbabit lebih kurang lima minit.

Semasa penumpang itu masuk ke dalam kenderaan, pengadu melihat ada beberapa orang termasuk tertuduh yang bertindak seperti pengawal peribadi orang kenamaan berada di situ dan menunjukkan isyarat tangan kepadanya untuk beredar, namun pengadu tidak faham kerana dia merupakan OKU pekak dan bisu.

Pengadu telah membuka cermin kenderaannya dan mengangkat tangan kepada tertuduh untuk bertanya berkenaan apa yang terjadi dalam bahasa isyarat sebelum tertuduh menumbuk pengadu di bahagian mukanya dan menyebabkan pengadu berasa sakit di bahagian pipi sebelah kanan.

Lelaki itu kemudian meninggalkan lokasi kejadian dan menghantar penumpangnya lalu membuat laporan polis.


Siasatan lanjut mendapati tertuduh berada di tempat kejadian kerana bertugas sebagai pengawal pengiring kepada orang kenamaan dan laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat bengkak di bahagian muka sebelah kanan pengadu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Razali Che Ani memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam kerana kes ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

“Pengadu dalam kes ini merupakan OKU, sepatutnya tertuduh perlu membantu mangsa dan bukannya mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” kata Razali yang mengendalikan kes itu bersama TPR Mohd Safarizal Zakaria.

Ashok pula memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan anggota polis berpangkat lans koperal yang berkhidmat selama sembilan tahun dalam PDRM.

“Dalam kes ini, mangsa tidak mengalami kecederaan parah selain tiada motif dan elemen jenayah serius atau unsur keganasan yang melampau serta tiada peralatan atau senjata dalam mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

“Anak guam saya ketika itu sedang menjalankan tugas keselamatan semasa mengiringi dan dia mempunyai rekod bersih sepanjang perkhidmatannya. Dia memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa selain menyesal atas kesalahan yang dilakukannya itu,” kata Ashok.

Prosiding itu turut dihadiri peguam pemerhati kepada mangsa, Zaid Malek.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori