• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Disyaki Cabul Murid Tahun Satu Ditahan

oleh Mohd Arshad
01/02/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
‘Mini Dhaka’ Di Klang Pula Digempur
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN: Polis menahan pengawal keselamatan kerana disyaki mencabul murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah rendah, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada rakan suspek yang juga pengawal keselamatan di sekolah sama, jam 10 pagi.

“Pengadu mendakwa, dia melihat suspek memeluk dan mencabul kehormatan seorang murid perempuan berusia tujuh tahun di hadapan kelas sekolah itu pada jam 6.30 pagi sewaktu sedang melakukan rondaan.

“Anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bertindak menahan suspek lelaki berusia 45 tahun itu di sekolah terbabit pada jam 11 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, Ahmad Adnan berkata, mangsa mendakwa suspek sudah beberapa kali mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadapnya sebelum ini.

“Hasil soal siasat awal yang dijalankan, suspek mengaku melakukan jenayah itu berulang kali.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

“Suspek direman selama enam hari sehingga 6 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dengan cadangan pertuduhan,” katanya.

BHonline-

Tags: cabul muridditahanpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd