Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Dana Khas RM200,000 Kepada...

BERA : Dana khas RM200,000 diperuntukkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia dan RM100,000...

Hans Isaac Bakal Calon...

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kepimpinan PKR...

Festival Iftar @ KL...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 300,000 orang pengunjung dijangka hadir pada 'Festival IFTAR @...

Waris Mangsa MH370 Serah...

PUTRAJAYA - Waris mangsa tragedi MH370 menyerahkan lima serpihan dipercayai daripada pesawat berkenaan...

Pelajar Menyeberangi Sungai Golok Guna Pangkalan Haram Disyor Tinggal Di Asrama – Fadhlina

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan seramai 104 daripada hampir 500 pelajar yang menyeberangi Sungai Golok menerusi pangkalan haram untuk ke sekolah di Rantau Panjang adalah pelajar di bawah kelolaannya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Justeru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata terdapat beberapa mekanisme yang sudah pun ditetapkan selain sedang dalam pertimbangan bagi menangani isu berkenaan, bagi memastikan akses pendidikan murid berkenaan tidak terganggu termasuk keselamatan mereka terjamin.

Beliau berkata, KPM sedang mengadakan perbincangan dengan keluarga untuk menempatkan pelajar berkenaan di asrama dan perkara itu hendaklah diselesaikan sebelum awal bulan depan.

“Saya melihat ini (ditempatkan di asrama) antara tindakan awal selepas perbincangan di peringkat KPM dan pihak keselamatan. Itu yang kita syorkan.

“Kita sudah mengenal pasti anak-anak ini dan kita sudah pun membuat tindakan susulan. Pertamanya perbincangan dengan keluarga mereka untuk menempatkan mereka di asrama.

“Ini bagi saya perlu disegerakan supaya proses yang disebutkan oleh pihak keselamatan ini mesti diselesaikan sebelum 1 Disember. Kita mesti selesaikan.

“Kita sudah pun mengambil pendekatan menyediakan, menyuraikan mereka (pelajar) dalam bentuk menempatkan di asrama dan kenal pasti asrama yang boleh mereka tinggal untuk keselamatan dan meneruskan pendidikan mereka,” katanya selepas melancarkan Kit Duta Sahsiah Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen HGH, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.


Mengulas lanjut pendekatan untuk menyediakan asrama bagi murid berkenaan, Fadhlina mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan untuk memastikan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengenalpasti asrama yang boleh digunakan.

Beliau menegaskan supaya isu asrama perlu diselesaikan segera bagi memastikan tidak timbul isu berkaitan keselamatan selepas 1 Disember nanti.

“Insya-Allah dalam perkiraan dan juga tindakan kita, saya harap dapat diselesaikan kerana bilangan murid itu tidak ramai di bawah KPM,” katanya.

Menyentuh mekanisme kedua yang dicadangkan, Fadhlina berkata ia membabitkan pengenalan pas untuk kegunaan murid berkenaan untuk urusan keluar masuk sempadan.

“Masih ada lagi barangkali yang memerlukan pas untuk menyeberangi Sungai Golok. Tapi kita juga telah mengambil tindakan tegas untuk memastikan bahawa, jika ada keperluan menyeberangi pun mereka harus melalui laluan yang sah dan menggunakan pas yang sah.

“Di peringkat KPM, itu tindakan yang saya ingat sangat mustahak dan sangat signifikan yang kita ambil untuk memastikan pertamanya akses pendidikan mereka dapat diteruskan dan keduanya aspek keselamatan mereka,” katanya.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • KPM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori