Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

16,500 Banduan Selesai Jalani...

KUALA LUMPUR - Seramai 16,500 banduan selesai menjalani sistem parol sejak ia diperkenalkan...

Muhyiddin Umum BPN 2.0...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Bantuan Prihatin...

UPM Hasil Lebih 1,800...

SERDANG - Lebih 1,800 harta intelek (IP) yang mencakupi pelbagai teknologi dan kemudahan...

Nita Hamzah Bakal Nikah...

BEKAS naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah mengesahkan bakal mengakhiri zaman...

Pelajar Maut Ditimpa Bahan Binaan

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berusia 17 tahun maut selepas ditimpa bahan binaan di sebuah lot kedai, di pusat beli-belah di sini Rabu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut kenyataan Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa yang bekerja sambilan sedang mengangkat bahan-bahan binaan untuk dipindahkan ke lot kedai yang sedang diubah suai menggunakan troli.

Bagaimanapun, kerangka troli yang diubah suai itu patah menyebabkan bahan binaan jatuh menghempap mangsa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Pihak JKKP telah hadir ke pusat beli-belah terbabit semalam untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Notis Larangan (NOP) dikeluarkan kepada kontraktor terlibat disebabkan kegagalan menyediakan kaedah selamat bagi kerja-kerja memunggah dan memindah barangan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan maut,” menurut kenyataan itu.


Bagaimanapun, siasatan lebih lengkap dan terperinci akan dijalankan bagi tujuan tindakan perundangan sekiranya terdapat pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan di tempat kerja sama ada melibatkan orang awam atau pekerja. Majikan dan pekerja bertanggungjawab mengenal pasti dan membuat penilaian risiko terhadap bahaya di tempat kerja.

“Langkah kawalan risiko berkesan perlu diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kesihatan terhadap pekerja sekiranya berlaku kejadian tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori