• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kadet UPNM Didakwa Tekap Seterika Pada Tubuh Pelatih Junior

oleh Mohd Arshad
08/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Pegawai Kadet UPNM Didakwa Tekap Seterika Pada Tubuh Pelatih Junior
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada jam 11.45 malam di ALK UPNM di Kem Sungai Besi di sini.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman terbabit.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin berikutan jenis dan keseriusan kesalahan yang didakwa.

“Mangsa mengalami kecederaan lecur tahap kedua (second degree burns) di bahagian kanan dada.

“Selain itu, perbicaraan kes ini bakal membabitkan saksi rakan seasrama, jurulatih dan kes berkepentingan awam akan menjadi panduan kepada pelajar lain iaitu kesalahan membuli, bukan sahaja hukuman tetapi ikat jamin juga tinggi supaya peruntukan undang-undang ini tidak dipandang rendah sebagai peruntukan kesalahan ‘non bailable offence’,” katanya.

Mohd Sabri turut memohon arahan tambahan supaya tertuduh tidak mendekati saksi-saksi kes.

Amirul Iskandar yang tidak diwakili peguam memohon jaminan lebih rendah dengan alasan ibu bapanya adalah pesara kerajaan dan dia sendiri masih belajar.

“Saya berjanji untuk hadir di setiap prosiding perbicaraan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jumlah jaminan ke atas tertuduh sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 27 Disember untuk sebutan semula kes.

Ibu dan bapa tertuduh hadir untuk membayar jaminan.

Terdahulu, tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah jam 9.47 pagi tadi dengan berkemeja putih dan bergari serta diiringi anggota polis.

Pada 22 Oktober lalu, mangsa mendakwa didatangi pegawai senior yang juga suspek sebelum mangsa diminta menggosok baju miliknya.

Pelajar senior berusia 22 tahun itu didakwa secara tiba-tiba mengambil seterika yang dipegang pengadu sebelum menekap bahagian dada sebelah kanan sebanyak satu kali.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan melecur dan menjerit kesakitan.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 1 November dan keterangan daripadanya juga sudah direkodkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

BHonline-

Tags: Juniorpegawai kadet UPNMtekap seterika
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serangan Israel Terhadap Anggota Pengaman Dan Askar Lubnan Adalah ‘Jenayah Perang’

Next Post

Semak Status Sekatan Perjalanan Elak Kesulitan

Related Posts

Cederakan Pelajar Junior, 9 Senior Didakwa

Cederakan Pelajar Junior, 9 Senior Didakwa

05/09/2022
0

Teluk Intan : Sembilan pelajar lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan...

Tidak Hormat Punca Pelajar Junior Dibelasah

Tidak Hormat Punca Pelajar Junior Dibelasah

25/08/2022
0

Kuala Lumpur : Seramai 10 pelajar senior sebuah kolej vokasional yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan kes mencederakan pelajar...

Next Post
Semak Status Sekatan Perjalanan Elak Kesulitan

Semak Status Sekatan Perjalanan Elak Kesulitan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd