• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Hormat Punca Pelajar Junior Dibelasah

oleh AK-47
25/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Tidak Hormat Punca Pelajar Junior Dibelasah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Seramai 10 pelajar senior sebuah kolej vokasional yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan kes mencederakan pelajar junior dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 16 hingga 20 tahun itu direman selama dua hari sejak semalam bagi membantu siasatan lanjut.

“Kesemua suspek berkenaan sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai dirakam keterangan.

“Kami kini dalam proses mengemaskini dan menyiapkan kertas siasatan kes itu sebelum dirujuk segera kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan itu disebabkan perselisihan faham kerana mangsa dikatakan tidak menghormati pelajar senior terbabit.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menahan 10 pelajar kolej terbabit kerana disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan pada Sabtu lalu.

Pengadu yang juga ibu mangsa dimaklumkan warden asrama mengatakan anaknya tidak sihat di mana mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa memaklumkan dia dipukul beramai-ramai oleh pelajar senior semasa berada di surau asrama.

-Harian Metro

Tags: buliJuniorSeniorTidak Hormat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd