• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 400 Kucing Jalanan Mungkin Mati, Pusat Jagaan Dinaiki Air Lebih Tiga Meter

oleh AK-47
29/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebih 400 Kucing Jalanan Mungkin Mati, Pusat Jagaan Dinaiki Air Lebih Tiga Meter
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengusaha pusat jagaan kucing di Kampung Kubang Terap, Pasir Mas bimbang dengan keadaan lebih 400 kucing jalanan yang dijaga di pusat itu, selepas beliau bersama petugasnya sudah dua hari tidak dapat menjenguk keadaan kucing berkenaan disebabkan banjir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Aelyusmida Awang, 27, berkata, sudah dua hari beliau dan petugas lain tidak dapat mengunjungi pusat jagaan itu kerana masing-masing turut menjadi mangsa banjir, dan bangunan pusat jagaan itu pula dinaiki air lebih dua meter.

“Dua hari lepas paras air dalam bangunan sudah sampai ke dada. Oleh kerana paras air semakin meningkat dan bimbang keselamatan kucing, kami telah pecahkan sebahagian siling bangunan supaya kucing dapat berlindung di bahagian itu,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, mereka tidak dapat memindahkan semua kucing kerana ketika itu paras air naik dengan cepat dan mereka perlu segera keluar dari kawasan itu, namun mereka sempat membekalkan makanan kepada kucing berkenaan, bagaimanapun selepas dua hari makananan itu mungkin sudah habis.

“Kami merancang untuk ke sana hari ini bagi memecahkan bumbung bangunan supaya kucing dapat naik ke tempat lebih tinggi, tetapi dimaklumkan laluan masuk ke pusat jagaan dinaiki air dan hanya boleh dilalui dengan menggunakan bot,” katanya.

Aelyusmida berkata, pusat jagaan kucing itu dibuka pada bulan Februari lepas menempatkan lebih 400 kucing jalanan yang ditangkap pihak berkuasa tempatan sekitar Pasir Mas, dan bagi menjaga kebajikan haiwan itu beliau bersama lima rakannya yang lain memutuskan untuk mewujudkan pusat jagaan berkenaan di atas sebidang tanah wakaf.

“Kita harap ada yang tampil membantu menyelamatkan kucing-kucing ini kerana jika banjir makin serius kemungkinan kucing itu akan dihanyutkan arus, atau mati,” katanya. 

-Bernama

Tags: Banjirkucingmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Kulim: 2 Pusat Pemindahan Sementara Ditutup

Banjir Kulim: 2 Pusat Pemindahan Sementara Ditutup

19/10/2025
0

KULIM: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas banjir kilat sejak Jumaat, ditutup...

Banjir Di Kelantan Pulih, Mangsa Di Sabah Meningkat

Banjir Di Kelantan Pulih, Mangsa Di Sabah Meningkat

17/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Banjir di KELANTAN pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Semai Bakti FELDA Chiku 2, Gua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd