Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Rafizi Bawa Bukti Rasuah...

AHLI Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebelum ini mengakui akan mendedahkan perihal rasuah seks yang...

SPRM Reman 4 Individu...

PUTRAJAYA - Empat individu termasuk seorang pegawai di sebuah kementerian direman enam hari...

Waris Mangsa Kebakaran Tragedi...

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmida Othman mendakwa terdapat beberapa keluhan daripada keluarga mangsa...

Cukuplah Buat Pelbagai Spekulasi,...

SHAH ALAM - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pihak yang menyerangnya...

Kelantan Serah Sepenuhnya Kepada Pihak Berkuasa Thailand Kes 6 Rakyat Malaysia Ditahan Di Sungai Golok

KOTA BHARU : Kelantan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Thailand untuk menjalankan siasatan terhadap enam rakyat negeri ini yang ditahan di Sungai Golok, Jumaat lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata kes itu menjadi pengajaran buat semua terutama rakyat negeri ini kerana ia membabitkan individu yang dikenali ramai iaitu ikon dikir barat moden.

“Kalau didapati tidak bersalah, Alhamdulillah dan kita mengharapkan sebegitu namun kalau memang berlaku (bersalah), kita amat sedih.

“Saya minta rakyat Kelantan supaya berjaga-jaga terutama bila ada nama, berilah contoh teladan baik kepada orang lain,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat moden Kelantan, yang ditangkap di sebuah hotel di Sungai Golok, Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda, dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, pagi tadi.

Tangkapan membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan berusia 25 hingga 32 tahun pada jam 6 pagi (waktu Malaysia) Jumaat lalu, di sebuah bilik selepas selesai berhibur.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kecaman netizen yang mengaitkan isu terbabit dengan Kelantan sebagai negeri yang menerima jolokan Serambi Makkah, Mohamed Fadzli berkata, Kelantan sebagai negeri yang bersempadan dengan negara jiran, sudah pasti terkait dengan ‘produk’ yang datang dari negara jiran.


Menurutnya setiap negeri mempunyai masalah jenayah dan sosial tersendiri dan tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing untuk menangani perkara itu dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.

“Kesimpulannya Kelantan ini Alhamdulillah negeri beragama, kita ada banyak sekolah Arab, tok guru, ulama dan masjid juga beroperasi.

“Rupanya Allah ‘plan’ begitu sebab kita berada di barisan hadapan (sempadan negara) dan benda tak baik (seperti) pil kuda nak masuk ke Malaysia terpaksa melalui Kelantan dulu maka kalau kita bukan sebuah negeri yang tak kuat, kita akan rosak.

“Biarlah orang nak kata apa kerana semua boleh berkata, yang penting, sebagai pimpinan negeri, nak pastikan kita dapat kawal dengan kerjasama agensi penguat kuasa,” katanya.

Terdahulu beliau hadir merasmikan program Invest @ Kelantan Forum & Expo (INFEX) 2024 di sebuah hotel di sini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori