• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Donald Trump Menang Pilihan Raya Presiden AS

oleh Mohd Arshad
06/11/2024
dalam Politik, Terkini
0
Donald Trump Menang Pilihan Raya Presiden AS
Share on FacebookShare on Twitter

Washington : Calon Republikan Donald Trump melepasi 270 undi badan perwakilan pemilih yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden AS 2024 dan kembali ke Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Fox News.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Trump menewaskan pencabarnya dari parti Demokrat Kamala Harris, dalam perlumbaan pada Selasa, memperoleh 277 undi perwakilan dan mengesahkan kedudukannya sebagai presiden ke-47 negara itu, menurut Fox News, yang secara tradisinya memihak kepada Trump dan Parti Republikan.

Calon Republikan itu memenangi undian di negeri-negeri penentu termasuk North Carolina, Georgia, Pennsylvania dan Wisconsin serta negeri lain seperti Indiana, Kentucky, West Virginia, Florida, Tennessee, South Carolina, Oklahoma, Mississippi, Alabama, Arkansas, North Dakota, South Dakota, Wyoming, Nebraska, Louisiana, Ohio, Texas, Missouri, Utah, Montana, Kansas, Iowa dan Idaho.

Trump pertama kali dipilih sebagai Presiden pada 2016, menewaskan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton.

Pada 2020, beliau ditewaskan oleh Joe Biden, yang pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden di bawah Presiden Obama.

Kemenangan ini menjadikan Trump satu-satunya Presiden AS yang berkhidmat dalam penggal tidak berturutan, mengikuti jejak Grover Cleveland, yang berkhidmat dua penggal pada akhir 1800-an.

Sehingga Julai, Trump bersaing dengan Presiden Joe Biden, yang ketika itu mahu meneruskan untuk penggal kedua. Selepas prestasi yang kurang memuaskan dalam debat pada Jun menentang Trump, Biden menghadapi tekanan untuk menarik diri daripada pertandingan, yang akhirnya beliau lakukan beberapa minggu kemudian dengan memberi sokongan kepada Kamala Harris, Naib Presidennya.

-Harian Metro

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Pengundi Cina Tunjuk Sikap Terbuka Terhadap Bersama?

PRN Johor: Pengundi Cina Tunjuk Sikap Terbuka Terhadap Bersama?

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Seorang penyokong parti Bersama mendakwa antara 40 hingga 50 peratus pengundi Cina yang beliau temui dalam kempen...

“Alhamdulillah…” – Tunku Mahkota Ismail Bersyukur Kejayaan Ekonomi Johor

“Alhamdulillah…” – Tunku Mahkota Ismail Bersyukur Kejayaan Ekonomi Johor

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail melahirkan rasa syukur diatas kejayaan Johor merekodkan pertumbuhan pertumbuhan Keluaran Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd