Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Teksi Langkawi Dicadang...

LANGKAWI - Persatuan-persatuan pengusaha teksi di Langkawi dan syarikat-syarikat perkhidmatan e-panggilan seperti Uber...

Nama Bayi Dalam Semak...

KUANTAN - Bayi lelaki yang ditemui di dalam semak berhampiran kuarters kerajaan Desa...

Stacy Tak Kisah Populariti...

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara penyanyi Stacy, 25 dan Akim Ahmad, 24, sememangnya...

Hariff Ingin Tebus Kecewa...

KUALA TERENGGANU - Pelumba pecut negara Mohd Hariff Salleh tekad untuk meraih kemenangan...

Dewan Rakyat Kecoh, Mas Ermieyati Kata Kenyataan Menteri Isu Papan Tanda Memalukan

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat kecoh susulan kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung isu penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) ketika membangkitkan perkara itu melahirkan rasa kecewa dan terkejut dengan kenyataan King Sing yang mendakwa tindakan DBKL memastikan peniaga mempamerkan papan tanda menggunakan bahasa kebangsaan akan mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing pelancongan negara.

“Ini adalah kenyataan yang tidak benar dan memalukan… sebagai Menteri Pelancongan sepatutnya (King Sing) mengangkat budaya kita dan mempertahankan seni dan budaya.

“Sultan Selangor sudah arah tanggalkan papan tanda tulisan Cina (seperti) dilaporkan Berita Harian pada 19 November 2018…. sebab inilah tak usah Menteri (King Sing) buat drama memetik agenda perkauman,” katanya.

Kenyataan itu mencetus kekecohan apabila beberapa wakil rakyat kerajaan bangkit termasuk Chong Zemin (PH-Kampar) dan Chow Yu Hui (PH-Raub) sambil mempersoalkan kenyataan dibuat Mas Ermieyati.

Mas Ermieyati ketika menyambung perbahasan memaklumkan kenyataan King Sing sangat berbahaya dan boleh dianggap sebagai menyentuh isu 3R merujuk agama, bangsa dan institusi raja.

Beliau juga menyifatkan kenyataan King Sing seolah-olah merendah-rendahkan pelancong dari China.


“Tengok sajalah dekat Thailand dan Indonesia tak ada pun sibuk nak ‘please’ pelancong (sampai nak) menggunakan bahasa mereka sendiri… tetapi kat Malaysia ini kenapa pula nak buat macam tu.

“Ini memalukan… saya rasa pelancong negara Cina tak hairan pun (kalau papan tanda tak guna bahasa Cina), mereka tetap boleh masuk kedai dan masih boleh melawat,” katanya.

Zhemin yang masih tidak berpuas hati terus cuba mencelah sambil membangkitkan peraturan dewan mengikut Seksyen 36(6), namun Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong Yieng menegaskan untuk memberi laluan kepada Mas Ermieyati untuk menggulung perbahasan.

“Sebab itu saya suka cadang kepada Kerajaan MADANI tolong tukar Menteri Pelancongan kepada menteri bertanggungjawab menjaga penguatkuasaan atau ganti KPDN pun tak apa.

“Biar dia (king Sing) pergi ‘raid’ (serbu) pun tak apa sebab memang sesuai dengan penguatkuasaan.

“Sultan Pahang pun dah minta tulisan Jawi diturunkan di Pahang pada 2020. Ini semua arahan dan patut kita hormati,” kata Mas Ermieyati sebelum menamatkan perbahasan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori