Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Pesawat Khas Bawa Balik...

NEW DELHI - Ramai rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negeri di India,...

Pihak Masjid Bantu Bayar...

IHSAN... Pihak Masjid Al Salam di Forth Smith, Arkansas, Amerika Syarikat memaafkan tindakan...

Askar Wataniah Perlu Bersemangat...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan Askar Wataniah...

Anggota Toastmaster Sibu Disaran...

SIBU - Anggota-anggota Sibu Toastmaster International Club disaran agar mencontohi cara Ketua Menteri...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Beliau berkata, Malaysia sudah menyaksikan peningkatan ketara dalam kebajikan buruh asing, pada masa sama memastikan negara mematuhi amalan baik ditetapkan oleh organisasi buruh antarabangsa.

Amir Hamzah berkata, cadangan caruman KWSP untuk pekerja asing itu seperti diumumkan di bawah Belanjawan 2025 adalah bertujuan menangani isu perbezaan gaji antara buruh tempatan dan asing ketika negara bakal melaksanakan dasar gaji minimum.

“Apabila buruh asing dikehendaki mencarum kepada KWSP, kita sebenarnya mengimbangkan antara pekerja asing dan tempatan supaya mengurangkan kebergantungan berlebihan terhadap pekerja asing.

“Ini bukan bermakna mereka tidak diperlukan…saya berpendapat pekerja asing turut diperlukan juga untuk pertumbuhan tetapi ia tidak boleh mengabaikan pekerja Malaysia,” katanya semasa sesi dialog pada Persidangan ESG dan Kelestarian 2024 anjuran CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd, hari ini.

Beliau berkata, KWSP kini sedang meneliti mekanisme pencaruman itu secara berperingkat.


“Beri mereka (KWSP) masa kerana menjelang tahun depan, mereka akan menyatakan kelak bagaimana ia akan dilakukan. Kita tidak mahu sebarang gangguan dalam proses berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mempertimbangkan untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika ini supaya tidak dilihat sebagai menghukum golongan berpendapatan rendah berbanding sistem cukai sedia ada.

“Walaupun sistem GST adalah sistem cukai lebih kukuh, mungkin ia memberi lebih banyak kesan negatif kepada golongan berpendapatan rendah daripada mekanisme yang lebih progresif.

“Justeru ketika ini adalah rejim cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan apa yang kami lakukan ialah meluaskan skop SST, selain itu keupayaan untuk menginstitusikannya pada kadar lebih pantas daripada melaksanakan GST semula,” katanya. 

ā€“BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori