• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Melimpah Ke 9 Negeri, Mangsa Cecah Lebih 87,000

oleh Mohd Arshad
29/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir Melimpah Ke 9 Negeri, Mangsa Cecah Lebih 87,000
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jumlah mangsa banjir di 35 daerah di sembilan negeri terus meningkat kepada 87,029 membabitkan 26,753 keluarga yang ditempatkan di 539 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 3 petang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menerusi maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah keseluruhan itu, lebih separuh daripadanya membabitkan mangsa di Kelantan dengan 65,389 orang daripada 20,331 keluarga yang ditempatkan di 232 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah.

Di Terengganu, bilangan mangsa banjir juga meningkat kepada 16,679 daripada 4,891 keluarga di 232 PPS di lapan daerah manakala di Kedah 2,745 mangsa daripada 926 keluarga di 38 PPS di lima daerah.

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa terus meningkat kepada 1,365 mangsa daripada 367 keluarga dari dua daerah dan ditempatkan di 15 PPS sementara di Perlis pula, 425 mangsa daripada 125 keluarga dari tiga daerah berlindung di empat PPS.

Mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 312 orang daripada 77 keluarga dan setakat ini dua PPS sudah dibuka manakala di Melaka 66 mangsa daripada 19 keluarga berlindung di lima PPS di tiga daerah.

Bilangan mangsa banjir di dua daerah di Perak pula adalah 48 orang daripada 17 keluarga dan Johor membabitkan dua PPS dibuka sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi pecahan kategori mangsa di semua negeri terjejas banjir itu, ia membabitkan lelaki dewasa seramai 28,270 orang, perempuan dewasa (30,198), kanak-kanak lelaki (13,378) dan kanak-kanak perempuan (12,721).

Mangsa turut babitkan bayi lelaki seramai 1,294 orang serta bayi perempuan 1,168 orang.

-Berita Harian

Tags: Banjirmangsa banjir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd