• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Nafi Guna Dana Syarikat Swasta

oleh Mohd Arshad
25/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Anwar Nafi Guna Dana Syarikat Swasta
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan penggunaan dana syarikat swasta bagi lawatan ke empat negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kata beliau, sebaliknya lawatan itu menggunakan wang kerajaan bernilai RM1.6 juta.

“Saya tidak guna dana syarikat swasta. Kerajaan guna Penerbangan Malaysia (MAS) untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta. Ini guna wang kerajaan sepenuhnya.

“Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara tersebut untuk tujuan pelaburan atau usaha sama. Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah RM4.5 juta.

“Jika guna jet Eksekutif Kerajaan, kos perlu ditanggung Kerajaan adalah RM2.5 juta untuk empat negara. Namun dengan perkongsian ini, kos untuk Kerajaan hanya RM1.6 juta,” katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif C4 Center, Pushpan Murugiah berkata, tindakan Anwar menggunakan dana syarikat swasta yang mengikuti urusannya ke luar negara akan menyebabkan kerajaan menerima tekanan daripada syarikat terbabit yang akan memohon balasan.

Anwar berkata, walaupun pertimbangan kewangan mungkin menjadi faktor utama keputusan itu, namun kerajaan juga seharusnya mengambil kira kemungkinan terjadinya perselisihan antara kepentingan kerajaan dan swasta.

Beliau turut menasihati rakyat agar tidak terperangkap dengan fitnah zaman sekarang.

“Saya ulang, kerajaan tidak guna dana syarikat swasta. Tiada perselisihan kepentingan. Usah terperangkap dalam fitnah zaman edan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Anwar Ibrahimsyarikat swasta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerangan Malaysia menafikan dakwaan diesel dari Malaysia dieksport ke Filipina. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, urusan jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd