• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trend ‘Barcode’: KPM Pandang Serius Peningkatan Pelajar Cenderung Bunuh Diri

oleh Mohd Arshad
23/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Trend ‘Barcode’: KPM Pandang Serius Peningkatan Pelajar Cenderung Bunuh Diri
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG: Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius peningkatan bilangan pelajar yang mempunyai idea untuk membunuh diri serta trend “barcode” kononnya sebagai satu terapi bagi menghilangkan depresi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berucap merasmikan pertandingan Inovasi Sosial Kesihatan Mental di sini hari ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.

Beliau berkata, KPM telah melaksanakan beberapa langkah intervensi antaranya pelaksanaan profiling di sekolah mengenai psikososial murid bagi membangunkan ekosistem yang baik dan selamat untuk mereka.

“Saya khuatir dengan bilangan anak-anak kita yang membuat percubaan dan juga mempunyai ideation, suicide ideation dan saya lihat sendiri bagaimana trend “barcode” … maknanya perkara (ini) perlu kita ambil secara serius dan tangani dengan betul,” katanya.

Trend itu adalah tindakan menoreh lengan menggunakan objek tajam seperti pisau yang dilakukan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi kononnya sebagai satu terapi bagi menghilangkan depresi.

Tinjauan Kesihatan Remaja (AHS) oleh Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan (KKM) ke atas pelajar berusia 13 hingga 17 tahun menunjukkan bilangan pelajar yang mempunyai idea untuk membunuh diri meningkat kepada 13.1 peratus pada 2022 membabitkan 4,300 orang berbanding 10 peratus pada lima tahun sebelumnya.

Perlu konsisten tangani isu kesihatan mental pelajar

Sementara itu, beliau berkata usaha menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar memerlukan konsistensi serta kesungguhan kerana melibatkan jiwa manusia.

“(Sekolah perlu) ada ekosistem yang memberikan sokongan, ekosistem yang anak-anak selamat untuk bercerita, meluahkan perasaan dan berkongsi perasaan masing-masing,” katanya.

Fadhlina berkata, peranan pembimbing rakan sebaya (PRS) juga amat penting dan perlu diperkasakan lagi bagi memastikan ekosistem di sekolah selamat serta menarik.

“Bila kita membesar, kita bersekolah dan bekerja, PRS ini sebahagian daripada hidup kita dan sebab itu pemilihan PRS (penting). (Mereka) rakan-rakan yang akan membentuk siapa diri kita di masa hadapan, hari ini dan esok,” katanya.

Bernama-

Tags: KPMTrend 'Barcode'
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd