• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Lulus Dua Syarikat Laksana Kajian Awal REE

oleh Mohd Arshad
07/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Terengganu Lulus Dua Syarikat Laksana Kajian Awal REE
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu telah meluluskan permohonan dua syarikat untuk melakukan kajian awal bagi menentukan skop perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang terdapat di negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menyatakan kajian awal untuk meneroka REE itu sudah mula dilaksanakan sejak Ogos lepas.

Beliau berkata, fasa pertama yang dilakukan dua syarikat tersebut bertujuan menentukan tahap kedalaman sebelum proses perlombongan REE mula dilaksanakan.

“Sebenarnya, kerajaan negeri ada terima permohonan dari lapan syarikat yang berminat untuk terlibat dalam proses perlombongan REE tersebut.”

“Namun, buat masa ini, dua syarikat sahaja yang diluluskan kerana mereka telah memohon dalam tempoh yang begitu lama.

“Oleh itu, dua syarikat ini dahulu akan melakukan kajian tahap kedalaman melombong termasuk perincian proses menggerudi kawasan perlombongan di lokasi yang telah dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan penonton yang hadir pada Program Dialog Exco di Bandar Al Wathiqu Billah Shah Kuala Nerus, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan selepas kerja-kerja kajian tahap kedalaman lombong dilakukan, proses mengeluarkan bahan mineral tersebut akan mula dilaksanakan.

Menurutnya, lesen perlombongan itu dijangka diluluskan pada bulan Jun 2024 untuk mula mengeluarkan hasil tersebut.

“Kita memang berhasrat mahu beri kelulusan kepada lapan-lapan syarikat yang telah memohon ini… kita akan berikan selepas proses kajian tahap kedalaman dilakukan.

“Pada masa sama kita sedang jalinkan hubungan dengan penggiat industri untuk mengeluarkan karbonat dahulu yang akan diproses untuk dibuat magnet yang menghasilkan kuasa lebih 70 kali ganda.

“Bahan ini mendapat permintaan tinggi kerana digunakan dalam menghasilkan kereta elektrik,” jelas beliau.

SinarHarian-

Tags: kajian awalTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd