Tuesday, November 5, 2024

Creating liberating content

Mahathir Mulakan Gerakan, PKR...

SUASANA dalam PKR mula tidak tenang, malah ramai yang sudah mula panik dengan...

Powerful Words in Income

Our authors have at minimum a Master's diploma in their own specific discipline....

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

TMJ Berjanji Akan Terus...

PETALING JAYA : Tunku Ismail Sultan Ibrahim berrjanji akan terus membawa masuk pemain...

Skandal 1MDB: Najib Diperintah Bela Diri 25 Tuduhan Penyelewengan Dana RM2.3 Bilion

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Razak membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Najib yang memakai sut berwarna biru gelap, kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membacakan penghakiman yang berlangsung selama hampir dua jam bermula pada 9.25 pagi tadi.

Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua 25 tuduhan yang dikenakan terhadap Najib yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ketika kesalahan itu didakwa dilakukan.

“Bagi semua empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan, saya dengan ini memanggil tertuduh untuk membuat pembelaan.

“Selepas membuat penilaian maksimum, saya dapati pihak pendakwaan membuktikan intipati bagi semua 21 pertuduhan (pengubahan wang haram).

“Oleh itu, saya memerintahkan tertuduh untuk membela diri,” katanya.

Berdasarkan Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah, kes prima facie dibuktikan apabila pihak pendakwaan telah mengemukakan ‘bukti yang boleh dipercayai’ di mahkamah untuk membuktikan setiap elemen kesalahan,

Prima facie, pendakwaan membuktikan setiap intipati kesalahan

Seksyen 180(4) memperuntukkan bahawa ‘kes prima facie telah dibuktikan terhadap tertuduh di mana pihak pendakwaan telah mengemukakan bukti yang boleh dipercayai yang membuktikan setiap intipati kesalahan yang jika tidak disangkal atau tidak dijelaskan akan memerlukan sabitan”.

Susulan itu, jurubahasa mahkamah mendekati Najib di kandang tertuduh dan memberikan tiga pilihan kepada Najib untuk membela diri.

Ketiga-tiga pilihan itu ialah pertama, bekas Ahli Parlimen Pekan itu diberi pilihan memberikan keterangan secara bersumpah dengan pendakwaan diberikan peluang untuk menyoal balas dan peluang kedua ialah, memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang saksi tanpa diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Bagi pilihan ketiga pula, Najib diberi pilihan untuk berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan.

Najib kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau memilih pilihan pertama iaitu memberikan keterangan bersumpah daripada kandang saksi dan boleh disoal pendakwaan.


Najib tiada apa hendak disembunyikan – Shafee Abdullah

Sementara itu, peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah, anak guamnya tidak mempunyai apa-apa perkara yang mahu disembunyikan.

“Anak guam saya memilih pilihan pertama, beliau akan memberikan keterangan daripada kandang saksi,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, Najib diwakili barisan peguam bela diketuai Muhammad Shafee bersama-sama Tania Scivetti dan Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin manakala Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar, Ahmad Akram Gharib dan Mohamad Mustafa P Kunyalam bertindak bagi pihak pendakwaan.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.

Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Bagi 21 pertuduhan lagi, Najib didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Najib didakwa atas 16 pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum memindahkannya semula ke akaun milik Tanore semula berjumlah RM2,196,786,711.87.

Bagi lima pertuduhan lagi, Najib didakwa menggunakan hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM20,000,000 untuk dibayar kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), RM100,000 dibayar kepada UMNO Bahagian Batu Kawan, RM246,000 kepada Lim Soon Peng, RM2,000,000 kepada ORB Solutions Sdn Bhd dan RM303,000 kepada Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd.

Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori